Friday, June 25, 2010

NANTIKAN.

Saya dalam proses memberitahu kalian mengenai sesuatu.


Tunggukan. Insya-Allah.

p/s: Rasa bersalah dan sedih dengan sikap diri sendiri.Kadang-kadang.

Thursday, June 24, 2010

hye! selamat malam.

Mohon akan dapat berita baik dalam dua tiga hari ini.


Ermm..Tapi jangan pula berita buruk, Minta dijauhkan.:O

Wednesday, June 23, 2010

Monday, June 21, 2010

meja jepun.

Tadi selepas minta COP dari ketua kampung Dusun Nyior saya ke TESCO. (terima kasih en rofik)
Untuk apa? Untuk mengubat hati yang kesedihan dek tidak dapat masuk IPTA.

Ala-ala macam ini lah meja jepun yang saya beli untuk letak laptop.
Tapi niat dihati nak beli cenggini:

Tapi apakan daya di tesco tiada meja sebegitu.Mungkin saya perlu ke IKEA. :(
Saya juga beli SHELF untuk meletakkan barang-barang saya yang bersepah.
Maklumlah saya tiada bilik sendiri~

P/s: Masih sedih.Hanya DOA yang mampu membantu hendakNya.

Saturday, June 19, 2010

KLMU.

Tiba-tiba saya menaip Kuala Lumpur Metropolitan University ya? Kenapa rasanya?
Adakah saya ingin menyambung DEGREE di sana? Setelah kecundang dengan IPTA.

 Oh Tidak! sebenarnya hari ini saya menemani sahabat saya mendaftar di KLMU Jalan Raja Laut.
Kisah hari ini agak sedih.Sahabat saya ini tidak langsung mendapat surat tawaran daripada KLMU.Sedangkan bayaran telah dibayar sebanyak RM300.
Mereka hanya suruh sahabat saya datang mendaftar.
Saya menemani dia dengan menaiki bus kemudian naik LRT ke Sultan Ismail.
Sampai disana ALHAMDULLILAH.Semua sudah ada didalam sistem.
Cuma..


Saya cuma terfikir tentang beberapa perkara:
1) Mengapa pihak pengurusan tidak sistematik dalam proses pengambilan pelajar?
2)Asrama yang disediakan sangat jauh.Walaupun kondominium tetapi pengangkutan pelajar tiadakah?
3)Sahabat saya mendapat bilik yang sangat kecil untuk dikongsi dengan 4ORANG?
4)Keluar Iklan di buletin utama TV3 seperti bagus sahaja?

P/s: Tiba-tiba rasa Pihak Multimedia College lagi senonoh pula sistem pentadbirannya..Penat HARI INI.

Friday, June 18, 2010

sambungan :(

Semalam agak sangat sedih.
Mahu tahu kenapa.Mari Lihat.:




Sangat sedih rasanya apabila membaca keputusan ini.
Nampaknya Pointer GPA akhir semester sebanyak 3.45 tidak memadai untuk saya ditempatkan di universiti kerajaan.Tetapi saya telah mengemukakan e-rayuan.Semoga rayuan saya diterima.:(


P/s: Adalah impian saya untuk menyambung DEGREE di universiti kerajaan.Agak sedih dengan tindakan kerajaan yang sambil lewa sahaja dengan permohonan pemegang diploma dari KOLEJ SWASTA.

:(



Memang sungguh sedih rasanya.


Agak malas untuk diceritakan.huhu

Wednesday, June 16, 2010

selamat hari jadi.

YE.Ucapan diatas ditujukan pada seorang sahabat saya yang menyambut hari kelahiran nya semalam? 16/06/2010.
Tadi saya bersama El,Doll dan Anyah serta Atin menyambut "beliau" di tepi tasik seremban berdekatan dengan restoran A&W.
Kebetulan dia juga akan pergi menyambung pelajaran ke KLMU.Sabtu ini.(19/06/2010).
Semoga dia sentiasaa diberkati oleh Allah swt.Amin.

p/s:Penat pula rasanya kebelakangan ini.Perlu rehat yang cukup!

Tuesday, June 15, 2010

ooo..

Sebentar tadi baru sahaja pulang dari makan-makan dan minum-minum di mcdonals senawang.
Bersama Anyah,El dan Doll. (3 beradik serangkai)
Bersantai-santai bercerita mengenai world cup dan lain-lain.
Tidak ketinggalan juga perancangan untuk kejutan hari jadi seseOrang.
Itu sahaja.Penat Hari ini kerana berpuasa ditambah dengan cuaca yang amat panas.

P/s: Terima kasih kepada KECHIK kerana datang seminit dua ke rumah tadi menghantar hadiah hari jadi saya yang lepas. :))) saya suka hadiah anda!

Monday, June 14, 2010

PUASA.

Ya mari kawan-kawan kita berpuasa.
Hari ini 1 REJAB 1431 M.
Tetapi saya hanya mengganti puasa sahaja selama enam hari yang saya terpaksa tinggalkan tahun lepas.
Kebetulan ada seorang sahabat tadi mengingatkan tentang hari ini adalah bulan REJAB.
Ya.Tidak mengapa.Puasa ganti dahulu.Baru puasa Sunat.:) Insya-Allah.

Jangan lupa ganti puasa ya kawan-kawan.

p/s: Tidak sabar menunggu kedatangan bulan RAMADHAN. :)))

Sunday, June 13, 2010

kecOh betOL!?

Haa..ye.saya menonton filem ini tadi.Bersama Gadis ini.
Niat sebetulnya mahu menonton KARATE KID.
Apakan Daya..Penuh Semuanya.Akibatnya kami menonton Kecoh Betul!
Memang Kecoh LAH!
Apa-apa pun Jalan cerita hanya biasa sahaja.Its just a humor film.

BUT


Saya begitu gembira sekali.Bertemu dengan kawan lama saya.
Kami agak lama tidak berjumpa dalam 4 tahun rasanya.
Begitu seronok menjadi gila seperti di zaman persekolahan dahulu.
Walaupun hanya KAMI berdua tetapi seperti kawan-kawan yang lain ada bersama kami.

MISS U GUYS.


p/s: Rindu pada tingkatan 3 Melati SMKSA.:)

Saturday, June 12, 2010

bila cinta.

Berikut adalah tajuk lagu.BILA CINTA.
Lagu ini anda akan dapat dengar bila menonton Filem Lagenda Budak Setan.
Sangat Syahdu.

Tetapi...
Allah SWT itu lagi Maha Bijaksana.Dia menciptakan akal manusia yang mampu mencipta lagu serta mencipta lirik.
Allah SWT itu lagi Maha Sempurna.


Cinta Yang Agung dan Indah Adalah dari dan kepada Allah SWT. :)

p/s: Saya agak senang dan selesa bila tiada lelaki bernama KEKASIH. :)

Friday, June 11, 2010

ye.ESOK!!

YUP!!! esok nak jogging.
SelePas subuh pastikan awak (saya) jangan tidur semula.
Nak jOgging dengan mereka :
Jom BERIADAH kawan-kawan.:))

Thursday, June 10, 2010

kaki ku da ELOK.

Ye! Kaki saya sudah pulih sakitnyer.
Tadi ke rumah EL..berborak2 kosong mengenai keadaan dunia dan konspirasi2 tertentu.
Ohh...Agak sErious disitu..
Ermm. Saya cuma terfikir sejenak..Apakah persediaan saya?..
Persediaan melalui Akhir Zaman.
Saya sendiri akui saya gagal melalui kehidupan dengan hari-hari sebagai ISLAM.


Wednesday, June 09, 2010

Uhh! kakiku..

Mari kawan-kawan.
Dengar Cerita Saya.
Kenapa Semalam,semalam dan semalam lagi..
SAYA X TAIP BLOG..

Kerana MALAS!
                                                               saya MALAS!

Hari ini tidak bekerja kerana saya ke Kuala Lumpur.
Berjumpa gadis ini dan terus ke kolej kami untuk menyetelkan hal yang masih tidak setel sehingga sekarang.
Transkip sudah saya ambil yuran pula tidak boleh bayar CASH  TERtiba-tiba perlu Di-Bank In pula.
Kami kemudian ke KLCC makan dan menonton LBS. Agak menarik ceritanya walaupun saya belum lagi membaca NOVELnya.Oh ya! Semester 7 untuk Latihan Industri saya mendapat status LULUS. Bermakna GPA saya diambil kira daripada Semester 6.(mungkin akan saya update nanti.)

Semalam bekerja.Agak Letih.Pulang sahaja.Update Modem.Check Msg Di Facebook.Kemudian Tidur.

Sebelum semalam.Tidak Bekerja.Menyiapkan Payment Voucher Bulan Mei.Kemudian keluar Makan Bersama byatin,doll dan el.Kami berborak sehingga jam 1.00pagi.

P/s: Bus Seremban dah tiada di pasar seni.HUH! sudah berpindah ke Stesen Hang Tuah.Sakit sungguh kaki berdiri tadi..kerana saya menaiki KTM untuk balik ke SEREMBAN. :(

Sunday, June 06, 2010

Popia NESTUM.

Ha'ah..saya sedang berkira-kira hendak makan atau tidak makanan tersebut.Ianya ada di sebelah saya. Rasanya agak sedap.Sedikit rangup-rangup.Saya beli pada 4 jun 2010 di butik pengantin tempat saya memotong rambut saya..Ye..saya telah memOtong rambut lagi..kali ini agak tidak puas hati..kerana potongan nya..SEBIJIK seperti seorang lelaki. Nasib saya seorang yang bertudung...Urmm..

Saturday, June 05, 2010

Oh.Incik 'RIGER' terSAYANG.



Kenapa dengan awak tadi.Menyakitkan hati saya dan buat saya hilang semangat berkerja.Dari 4.30 petang hingga 6.00 petang saya memujuk awak.Kenapa Ya? Anda tahu tidak apa yang sedang saya perkatakan. Sekali lagi selepas incik "INNACOM" kini incik "RIGER" pula. 

Friday, June 04, 2010

Dijamin Sampai Esok!


Haa...Tulah..Mana ESOK..Tulat TUBIN baru sampai lah  :)). Ini adalah Bungkusan Tempahan KAEDAH HAFAZ AL-QURAN yang saya tempah pada satu june 2010 lepas. Didalam nya ada sekeping CD-R yang mengandungi apa yang saya perlukan.DAN juga sekeping nota. Bagi saya bungkusan ini adalah sangat berbaloi..hanya dengan RM45.00 saya dapat manfaat di DUNIA dan Bekalan untuk Ke AKHIRAT.InsyaAllah. Saya seorang yang agak lemah dalam bacaan AL-Quran. Harapan saya agar pakej ini dapat membantu saya.  Saya terpanggil dengan HADIS ini:

Daripada Ali Bin Abi Tholib r.a berkata: Bersabda Rasulullah s.a.w: “Sebaik-baik kamu ialah orang yang belajar Al Quran dan mengajarkannya kepada orang lain”. Hadis Riwayat Bukhari, At Tirmizi.



Thursday, June 03, 2010

ukurlah sendiri.

oh.Tidak berkaitan apa pun yang akan saya taipkan melalui tajuk diatas.Saya agak gembira tadi berita mengenai 12 sukarelawan rakyat malaysia yang akan pulang ke malaysia 6hb jun 2010.Alhamdullilah mereka selamat cuma mungkin mereka agak terkilan tidak dapat memberikan bantuan ke GAZA. Kerja hari ini sukar sekali dengan keadaan cuaca yang amat panas dan karenah pelanggan yang bermacam2. KEsabarAN amat penting.hurmm.Ohh yer..hari ini juga anak buah saya yang ketiga pulang melawat WAN nya. 5hb jun 2010. NURDARWINSHAH ATIKAH berusia satu bulan.Ermm.. saya semakin tua.

Wednesday, June 02, 2010

penat.

Tiada apa untuk dikatakan disini.Hanya penat hari ini mungkin kekurangan tidur atau rehat.Masih terngiang-ngiang di fikiran BULETIN UTAMA tadi yang memberitahu bahawa DUA belas rakyat msia yang ditahan rejim ziOnis selamat dibebaskan dan kini mereka berada di JORDAN. 

Tindakan rejim ziOnis yang kejam -serangan pasukan komando Israel atas kapal Mavi Marmara - tersebut moga membuka mata dunia tentang kekejaman mereka. Beberapa laman web memaparkan gambar-gambar pihak mereka memeriksa barangan2 bantuan yang dibawa oleh misi tersebut tiada langsung senjata seperti yang didakwa oleh ISRAEL.



p/s: InsyaAllah.Jika diberi peluang untuk menyertai misi bantuan ke GAZA akan saya pergi demi agama dan saudara kita disana.


Tuesday, June 01, 2010

sayaTaip.kamuBaca


SALAM dan Sejahtera untuk kamu yang membaca. Blog ini sudah lama dibiarkan tidak ditaip oleh saya. YA.memang agak malas untuk di up-date sehinggakan pOst2 yang terdahulu lesap ke mana saya tidak tahu.Kini bLOg ini kembali saya taip untuk perkongsian cerita kehidupan.(bosan rasanya..)wlmmkdx...Maaf..pucat mengganggu sebentar taip-an saya.. Apa2 pun..selamat kembali dan bermula semula...cypannn....:))

p/s:DOAkan kumpulam misi ke GAZA selamat dari rejim zionis.AMIN~