Lama rasanya tidak mengemaskini sayataipkamubaca.
Sudah lebih kurang tiga minggu hidup saya berubah arah.
Kini saya menjalani latihan bekerja untuk enam bulan di Kuala Lumpur.
Alhamdullilah,rezeki Allah itu memang datang tanpa kita duga bukan?
Walaupun bidang yang saya lakukan agak jauh dari bidang saya minati,saya tetap teruskan kerana saya tahu apa jua yang kita dapat perlulah bersyukur, dan saya berharap selepas enam bulan disana akan dapat belajar sesuatu dan memberi pengalaman yang bermakna dalam diri saya sendiri.
Selepas enam bulan harapan besar saya harap dimakbulkan Allah, untuk menyambung pengajian lagi. Ouh, begitu rindukan suasana Belajar. Semoga!. Amin.
Tinggalkan kisah tersebut.
Tadi terbaca status seorang sahabat di MukaBuku berbunyi begini:
O Allah, I ask You for Your Love, and the love of whoever loves You, and the love of deeds that will bring me closer to Your Love.
[Tirmidhi and Ahmad]
Jika dialihkan ke bahasa melayu:
O Allah, aku memohon Kasih Sayang Mu, dan juga kasih sayang sesiapa yang menyayangi Mu dan juga perbuatan baik yang akan mendekatkan aku kepada kasih sayang Mu.
Amatlah tertarik saya dengan DOA tersebut, begitu Besar dan Agung Nya Dia, kerana hanya kepada dia lah layak kita memohon kasih sayang.
Semoga kita semua beroleh kasih sayang Nya. InsyaAllah.
![]() |
| saya suka ayat ini. |
-Alhamdullilah dapat kawan-kawan baru.
-Sedikit terubat rindu bila berada di rumah seremban.
-Buat masa ini semua nya berjalan dengan lancar dengan berbekalkan kesabaran. SubhanAllah.
