Saturday, February 05, 2011

coretan bulan keDUA tahun dua ribu sebelas.

السّلام عليكم


Seperti biasa setelah berhabuk-habuk baru hendak dikemaskini. :))
Alhamdullilah masih bernafas,menikmati kehidupan yang penuh warna pelangi.
Banyak yang berlaku sepanjang dua ribu sebelas menjengah dan dua ribu sepuluh pergi membawa segala suka dan dan duka untuk digantikan dengan yang lebih baik pada tahun ini. InsyaAllah.


Baru-baru ini, berlaku satu krisis di negara Mesir akibat rusuhan yang agak menakutkan.
Baru sahaja negara Tunisia meredakan amukan penduduk-penduduknya kemudian disusuli dengan negara Mesir. Saya tidak mahu bercerita panjang mengenai hal-hal berkaitan politik dan sebagainya cuma kerisauan saya agak memuncak mengenangkan saudara-saudara seIslam disana, terutama rakyat-rakyat Malaysia yang kebanyakannya pelajar disana. Alhamdullilah, kerajaan Malaysia bertindak agak pantas dengan memindahkan mereka ke Jeddah dan InsyaAllah kumpulan pertama akan tiba esok di Kuala Lumpur.


Saya cuma berharap agar saudara-saudara seIslam disana tabah dan semoga Allah merahmati mereka dan juga agar keamanan akan dapat diperolehi dan pemerintahan juga diserahkan kepada siapa yang lebih layak iaitu lebih baik dari pemerintahan KUKU BESI.


Cerita saya pula, semakin sibuk dan semakin banyak mempelajari perkara baru.
Semakin banyak juga masalah,bukan ditaip untuk merungut disini tetapi begitulah manusia pasti akan ada masalah,dan masalah itu yang akan mematangkan kita sebagai manusia dan masalah juga membuat kita berfikir, LIHAT! betapa hebatnya Allah mencipta kita bukan.


Masih lagi dalam proses menTarbiyahkan diri dalam setiap aspek kehidupan, belajar untuk sentiasa bersyukur dan sentiasa mengingati diriNya yang sentiasa melihat kita, percayalah dengan ayat "Dengan mengingati Allah hati pasti tenang".


Tanpa mengingati Allah, saya rasa hidup ini tiada tujuan dan pasti akan terumbang ambing.


DAN, masih dalam proses memperkukuhkan IMAN. Iman itu kan flexsibel, boleh bertambah dan berkurang. Semoga makin bertambah. InsyaAllah.


Akhir sekali ingin berkongsi satu madah yang cukup Indah:


"Ya Allah..
Sahabat Buat Hati Gembira..
Mesra Kami Penawar Duka..
Rindu Kami Menambah Rasa..
Rajuk Kami Menimbul Ceria..
Ya Allah..
Silaturrahim Kami Ukhwah Fillah..
Bermusuh Kami Nau'zubillah..
Berpisah Mati Insyaallah..
Pengubat Hati Doa Rabithah..
Ya Allah..
Rahmati Kami Meniti Usia..
Terpisah Kami Di Alam Nyata..
Temukan Kami Di Alam Syurga.."







semoga Allah beri kekuatan kepada umat ISLAM.

Nota Kaki:
> Petang ini mahu pulang semula ke Kuala Lumpur, :( tanggungjawab perlu dilaksanakan.
> Salam kerinduan buat sahabat sekalian.
> Akan sibuk untuk majlis perkahwinan abang kedua bulan hadapan.
> Alhamdullilah rezeki Allah itu sangat nikmat.