Sunday, September 05, 2010

untuk peminat lady GAGA.

Sekadar berkongsi sebuah artikel yg sy terima di emel dr seorang rakan... credit kepada penulis asal yg sy tak dapat pastikan siapa, moga kita beroleh manfaat..         ------------------------------------------------------------------------------------

Pesanan to Alejandro.... Baca sampai abis yek...

Assalamualaikum.. Semoga apa yang nak saya sampaikan harini dapat memberi sedikit manfaat kepada semua khususnya kepada peminat peminat cik Gaga ni. Insya-Allah.. Baru-baru ni terdetik nak menyiasat perkembangan baru cik Gaga yang saya sudah tahu tentang dia dan illuminati. Rupanya video untuk lagu Alejandro iaitu lagu baru dia dah release. Banyak kontroversi tentang video ni. Time nak tengok tu macam ragu-ragu jugak .Yelah vid cik Gaga ni saya sudah sedia maklum banyak unsur-unsur lucah..Tapi oleh sebab nak mengkaji apa yang ada dalam vid dia kali ni jadi saya play jugak vid dia. Jadi seperti yang disangka. Banyak benda yang dapat dilihat dalam video yang membuktikan yang dia memang Illuminati puppet. Ramai lagi artis Hollywood pun sama tapi dia yang paling berpengaruh so far ..

Video yang mencapai lebih dari 20 juta viewer kali ni lebih berani dan mengandungi banyak simbolik. Saya akan cuba explain dari apa yang saya dah dapat di satu web. Rasanya ramai jugak yang dah tahu cik Gaga adalah salah satu artis dibawah naungan illuminati. Bagi mereka yang tak tahu apa itu illuminati boleh lah ke web ni http://mistisfiles.blogspot.com/ and tengok dekat belah kanan cari Jentera Fitnah Al-Masih Ad-Dajjal ..Ada complete explanation tentang Illuminati and Freemason juga Lepas dah faham boleh teruskan baca apa yang nak saya explain lepas ni ..

Dalam video terbaru dia .Ada sesuatu yang cuba disampaikan .Ada jalan cerita yang tersembunyi disebalik lagu yang dinyanyikan .Kalau hanya dengar lagu ,mungkin tak banyak yang kita boleh tahu .Kita akan mula analisa dari permulaan video lagu Alejandro – Lady Gaga hingga habis. Ini adalah jalan cerita berdasarkan video. Jangan hanya baca buka mata tapi baca buka minda.


Video dimulakan dengan laki-laki membuat beberapa formasi danbeberapa dari mereka kepala mereka ditutup dengan sarung, mungkin mengisyaratkan bahawa itu adalah orang-orang tahanan dari beberapa macam. Salah satu laki-laki adalah dalam bentuk piramid sementara yang lain memegang hexagram sebagai tahanan berbaris.

"I know that we are young.And I know you may love me. But I just can't be with you like this anymore, Alejandro."


Selepas tu diteruskan dengan proses pemakaman .Perarakan membawa keranda yang kita dapat nampak Cik Gaga kat depan tu mengenakan jubah hitam dan membawa Sacred Heart (Hati Kudus) .Sacred Heart ni adalah pendarahan hati Tuhan untuk umat manusia (dalam kepercayaan kristian). Kenapa kata Sacred Heart? Tengok gambar bawah.. Hati yang Lady Gaga pegang tu ada bukan hatibiasa biasa tapi ada paku dan dawai yang di lilit-lilit (simbolik) yang sama macam Sacred Heart of Jesus (merujuk kepada hati Jesus).. Google untuk baca lebih lagi ..


But I just can't be with you like this anymore, Alejandro. Siapa Alejandro? Seorang lelaki yang dia tak boleh bersama ke? And then dia curang dengan Roberto dan Fernando? (berdasarkan lirik). Jawapan nya tak .. Alejandro bukan seorang lelaki. Kalau dengar lagu tanpa tengok video mungkin takkan faham . Gambaran video ni mengatakan bahawa Alejandro mungkin membawa maksud sesuatu yang lebih dalam.. Jadi kalau bukan manusia. Apa dan siapa Alejandro?


Kemudian Gaga ni dipaparkan dalam kedudukan berkuasa, memakai mahkota hitam sambil melihat tahanan melakukan persembahan untuknya. Gaga kemudian mengalihkan satu goggle. Sekaligus mempamerkan simbol illuminati - TheAll-Seeing Eye (bukan sekali tapi banyak kali) untuk mendedahkan sifatsejati dari kekuatannya.


Selepas itu ada sebuah adegan simbolik lagi, seorang tentera dipaparkan dipasang ke string, seperti boneka. Yang jelas menunjukkan yang ada seseorang 'control' dia. Atau senang kita guna istilah dia adalah 'mind-control slave' .Dia tidak boleh mengawal pergerakan sendiri.. Dan memegang senjata di kemaluannya. Wajah dia nampak kosong, nampak bingung betul-betul seperti seorang hamba yang di-control segala pergerakannya - oleh Gaga si illuminatist tak guna.


Dalam adegan selanjutnya, Gaga sedang berbaring, memakai red latex suit yang untuk biarawati tu (Kristian) dan memegang tasbih .Okay jadi boleh nampak kan ..Waktu scene ni gaga pandang ke langit dan menyanyi part : "Stop,please, just let me go, Alejandro" .Sebaik saja diasebut "Alejandro" Gaga mengangkat dua tangannya kelangit. Jadi dalam ni kita boleh nampak dengan jelas nampak yang Alejandro merujuk kepada tuhan bukan manusia.

"She hides true loveEn su bolsillo. She's got a halo 'round her finger, Around you."
Maksud lirik ni pulak .A halo' bermaksud ia dianggap "suci"(holy). Around her finger(cincin kawin) merupakan penyatuan Gaga dengan tuhan melalui agama, tapi dia sekarang malu dengan pernikahan ini kerana suaminya telah mati. Jadi dia menyembunyikan cincin itu di bolsillo nya, bolsillo dalam Sepanyol yang bermaksud poket dan mula menyalahkan tuhan..

Selepas sahaja lirik tu... Konsep penolakkan (rejection) ditujukan kepada Tuhan bermula.. Kerana Tuhan nampaknya tidak memenuhi keperluan rohani Gaga. Dia kemudian memutuskan untuk mencari ketuhanan diri. Dengan memeluk satu spirituality yang baru. Dalam video ni lebih menunjukkan yang Gaga telah bertukar dari biarawati menjadi paderi Luciferian(Syaitan). Kenapa kata jadi paderi Syaitan?

(Mata Satu yang kita tahu simbolik kepada Illuminati)

Saya kata paderi syaitan sebab tengok jelah jubah Gaga di atas.. Ada banyak sangat simbol salib terbalik .Ni menunjukkan bahasa simbol yang membawa maksud yang jelas .Kita tahu salib adalah simbol keimanan bagiagama Kristian kerana mewakili pengorbanan Jesus & kebangkitan. Dalam Kristian, salib terbalik dikenali sebagai "Cross Of St.Peter", untuk menghormati Simon Peter yang diminta untuk disalibkan terbalik kerana dia merasa tidak sesuai untuk dihukum mati dalam hal yang sama seperti Kristian lain. Tapi dalam kalangan bukan-Kristian, salib terbalik merupakan simbol penyelewengan dan sesuatu yang membawa kuasa negatif kerana simbol terbalik selalu ditemui dalam ilmu hitam dan Satanisme iaitu pemujaan syaitan..

Salib terbalik dan pentagram terbalik adalah simbol yang selalu digunakan untuk berhubung dengan syaitan .Untuk memuja dan menyeru syaitan ..

" In symbolism, an inverted figure always signifies a perverted power (...) Black magic is not a fundamental art; it is the misuse of an art. Therefore it has no symbols of its own. It merely takes the emblematic figures of whitemagic, and by inverting and reversing them signifies that it is left-handed." - Manly P. Hall


Waktu ni lirik ni yang dinyanyikan menunjukkan gaga tidak mahu diganggu oleh tuhan.Dont bother me, Dont bother me,Alejandro (merujuk kepada tuhan)
Don't call my name , Don't callmy name, Bye Fernando ..I'm not you're babe , I'm not you're babe, Alejandro (tuhan)Salib terbalik (simbol syaitan) ditempatkan pada kedua bahu gaga, menjadi simbol tiang. Dilapiskan dan digabungkan dengan simbol terbalik di alat kelaminnya. Diangkat oleh sekumpulan lelaki dalam satu bulatan .Mengangkat seperti mengagungkan Gaga, menyambut kedatangan Gaga ke dalam kumpulan mereka.


Sebaik sahaja lepas tu menunjukkan Gaga memasukkan tasbih kedalam mulutnya . Tasbih adalah serangkaian manik-manik yang digunakandalam tradisi Katolik untuk berdoa dan meditasi. Dalam Islam sendiri ada tasbih.. Jadi dengan menelan tasbih, Gaga menggabungkan dalam dirinya simbol ketaatan dalam agama dan juga bermaksud cara Gaga untuk mendapatkan Ketuhanan dengan cara sendiri. Dia ingin mencapai keilahian dengan satu cara sendiri. Itu adalah prinsip aktif Lucifer .Jelas menunjukkan yang Gaga bukan menyembah tuhan tetapi Lucifer..


I'm not your babe I'm not your babe, Fernando. Waktumenyebut perkataan Fernando, Gaga membuat simbol tangan macam tu(yang jelas merujuk kepada Jesus) .Itu adalah tanda berkat bagi ajaranKristian, Katolik kepada mereka yang dianggap Suci. Jangan lah ingat Gaga tu buat simbol tu suka-suka .Sebab semua simbol membawa makna yang tersendiri.Kita yang kena solve apa makna dia..


Dapat tengok kan kat belakang Gaga ada salib ..Gagadah menghina kristian cukup banyak dalam video dia .Gaga menyanyisambil memandang keatas dan kemudian dia mengulang-ulang lirik :
" Don't call my name,Don't call me Name Bye Fernando (Jesus) "

 
Dan di akhir video ...Ditunjukkan Gaga dilampirkan bersama strings ..Pada mulanya Gaga control lelaki tu dan akhir video ditunjukkan Gaga pula di-control ..Oleh siapa ? Fikir-fikirkan lah siapa yang control cik Gaga ni .Siapa dalang disebalik semua ni ?Siapa ketua ?Anda mampu cari jawapan nya kan? Insya-Allah pasti ..

Sebagaimana disebutkan di atas, video Alejandro sangat kompleks dan simbolik, dan sesuai untuk multitafsir. Boleh jadi macam-macam.. bergantung pada pengetahuan si pemerhati dan sudut pandangan masing-masing. Namun demikian, rasanya bahagian-bahagian video Alejandro dalam ni jelas and tak perlu banyak teka teki macam video Telephone dan Bad Romancae. Jadi apa yang gaga nak cuba sampaikan dari video nya? Dalam ni gaga menolak iman Kristian oleh mengotori simbol dan menunjukkan yang ada satu kuasa spirituallain. Hmm lepas ni apa ? Menghina Al-Quran dan Islam? Nauzubillah jauh-jauhkan la ya Allah ...


Cik Gaga ni membawa bersamanya semua agenda illuminati dan tak tahu la macam mana ramai yang boleh terpukau dengan dia . Namun saya yakin dah ada banyak peminat dia yang mula ragu-ragudengan diri Gaga ,tindakan nya dalam setiap video. tapi masih tidak boleh berhenti mendengarkannya. Ingin saya katakan kat sini ,berhentilah mendengar lagu Gaga.Tidak mustahil nanti dia akan cuba menyelitkan lirik yang akan menyebut La-la-la Allah .(Tiada Allah) .Dan kita sebagai manusia sentiasa lalai.Tanpa iman mungkin kita akan menyanyikan lirik tersebut (dengan alasan iahanya lagu) dan pada saat itu ,apa akan jadi ? Ya Allah ,lindungi lah kami dari tipu daya syaitan dan sekutu nya.. Amin ya rabbalalamin. Sumber asal: vigilant citizen :)

Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya"(Al-Isra' 17:36)

------------------------------------------------------------------------------------
 Tak perlu minta izin, silakan pd yg nak share, ini pun diterima dr seorg rakan dan sy pasti dia pun menerima dr rakan yg lain..

Credit kepada penulis asal yg sy tak dapat pastikan siapa, moga kita beroleh manfaat..

P/s: Fikirkan.

Saturday, September 04, 2010

Dosa Tinggal Solat Lebih Besar Daripada Zina

Salam. Nak Kongsi Apa Yang Baru Dibaca.


www.iluvislam.com
Dihantar Oleh: epid
Editor: nazir_dinie

Pada satu senja yang lengang, kelihatan seorang wanita berjalan dalam keadaan terhuyung-hayang. Pakaiannya yang serba hitam menunjukkan dia dicengkam kesedihan manakala kerudungnya menutup rapat hampir seluruh wajahnya.
Walaupun tidak bersolek atau memakai perhiasan lain di tubuhnya, kulitnya yang bersih, memiliki tubuh yang ramping dan rona wajah yang ayu, tetap tidak dapat menghapuskan kepedihan yang sedang membelenggu hidupnya.
Dia melangkah perlahan-lahan mendekati rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu perlahan-lahan sambil mengucapkan salam. Apabila terdengar ucapan ‘silakan masuk’ dari dalam, wanita cantik itu melangkah masuk sambil kepalanya terus tertunduk.
Air matanya berderai ketika dia berkata: “Wahai Nabi Allah, tolonglah saya, doakan saya supaya Tuhan berkenan mengampunkan dosa keji saya,” “Apakah dosamu wahai wanita ayu?” tanya Nabi Musa a.s. terkejut. “Saya takut mengatakannya,” jawab wanita cantik itu. “Katakanlah, jangan ragu-ragu,” desak Nabi Musa.
 
Lalu wanita itu memulakan cerita, “Saya….telah berzina.” Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan, “Dari penzinaan itu, saya pun…. hamil. Setelah anak itu lahir, langsung saya…cekik lehernya sampai…mati,” cerita wanita itu sambil menangis sekuat-kuat hati.
Mata Nabi Musa berapi-api dan dengan muka yang berang, dia mengherdik, “Perempuan jahat, nyah kamu dari sini! Supaya seksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!” teriak Nabi Musa sambil memalingkan muka kerana jijik.
Mendengar herdikan itu, wanita itu pun segera bangun dan berlalu dengan hati yang hancur luluh. Ketika keluar dari rumah Nabi Musa, ratapannya amat memilukan. Dia terfikir ke mana lagi dia hendak mengadu kerana apabila seorang Nabi sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang betapa besar dosanya dan jahat perbuatannya.
Tetapi dia tidak tahu bahawa sepeninggalannya, Malaikat Jibril turun berjumpa Nabi Musa. Lalu Jibril bertanya: “Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu ada dosa yang lebih besar daripadanya?”
Nabi Musa terperanjat. “Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita penzina dan pembunuh itu?” tanya Nabi Musa kepada Jibril. “Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang  nista itu?” “Ada,” jawab Jibril dengan tegas. “Dosa apakah itu?” tanya Nabi Musa lagi. “Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar daripada seribu kali berzina.”
Mendengar penjelasan itu, Nabi Musa kemudian memanggil wanita itu untuk menghadapnya semula. Dia mengangkat tangan dengan khusyuk untuk memohon ampunan kepada Allah S.W.T untuk wanita itu.
Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahawa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu ke atas dirinya. Bererti, dia seakan-akan menganggap remeh perintah Allah, bahkan seolah-olah menganggap Allah tiada hak untuk mengatur dan memerintah hambaNya.
Sedangkan orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan bersungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dalam dada, yakin bahawa Allah S.W.T itu ada dan berada di jalan ketaatan kepadaNya. Itulah sebabnya Allah pasti mahu menerima taubatnya.

P/s: Allah Maha Adil Bukan. 

1st Time.

Ouh. Tidur Memang Menyeronokkan.
Tapi. Buat Pertama Kali nya....
SAYA TIDUR DALAM WAYANG.

ITUlah. Minta Maaf la kepada pipah, by , dan atin.
Sememangnya Anda mengerti megapa saya tidur bukan.:)

P/s: Orang kata gatal tapak kaki kanan nak pegi jauh kan.LALALA~

Wednesday, September 01, 2010

22 Ramadhan.

Salam.
Ye Hari ini saya dah berterawih semula.:)
Selama Beberapa Hari Ber"Cuti Puasa
Rindu Pulak Nak ke surau.

Tak Lama lagi Nak Raya kan?
Saya ?
Tak beli baju raya lagi.
Hmm..
Tengok lah.
Mungkin akan dibeli Malam Raya.
hee..:)

p/s: Tahun ini begitu teringin nak baju raya kain cotton. Abah nak duit?

Monday, August 30, 2010

Merdeka.

Alhamdullilah.selama 53 tahun MALAYSIA mengenggam  kemerdekaan.



Apa Ertinya Kemerdekaan?
Saya?
Tidak mengerti sebenarnya.
Kerana Dilahirkan sahaja sudah bebas melakukan apa sahaja.

Tidak lagi ke kita patut bersyukur dengan nikmat Tuhan?

P/s: Agak seronok dan Penat Hari ini. Berjumpa Rakan2 lama. Berbuka dan berjalan2 di Bazar. :)

Sunday, August 29, 2010

risau.



Risau.
Dengan keadaan dunia sekarang.

Risau.
Dengan Tanda-tanda Akhir zaman Yang Jelas Terpampang.

Risau.
Jika Tidak ada lagi mendengar Azan Berkumandang.

Risau.
Untuk keluar melihat Umat Islam Sekarang.

Risau.
Dengan Ibadah Yang Banyak Ketinggalan.

Risau.
Jika diri tidak layak menemui tuhan pencipta Alam.

Risau.
Tidak Tahu bila Ajal Akan Menjelang.

Risau.
Jika DOSA tiada lagi pengampunan.

Risau.
Dengan Orang-orang tersayang yang Masih leka Di hayun buaian Dunia.

Risau dan akan terus risau.

Saturday, August 28, 2010

Pokok Yahudi.

 Baik lah. Saya ingin kongsikan sedikit mengenai info ini. Kaum Yahudi Memang Ego.

Diambill dari: http://ismie0219.blogspot.com/2010/01/kisah-pokok-gharqad-pokok-yahudi.html

Ini untuk pembukaan pada tahun ini, aq nak sajikan serta berkongsi maklumat yang pada aq sesuatu yang baru serta bermakna. Idea untuk post tentang pokok ini aq dapat lepas mendengar ceramah seorang ustaz  yang bercerita tentang pokok ini yang telah ditanam secara meluas oleh yahudi. Ok jom layan artikel-artikel yang aq dapat tentang Pokok Yahudi nie...Sekian (^^,)

 
Jika kita masih ingat, kisah pokok yang berkata-kata di Ramallah tersebar pernah secara meluas pada tahun 2002. Kisah 3 orang pemuda Palestin yang sedang dalam perjalanan menuju ke sebuah hospital yang tiba-tiba terserempak dengan seorang Yahudi. Mereka mengejar yahudi tadi hingga ke sebuah jalan mati, tetapi tiba-tiba Yahudi tadi menghilangkan diri dan pemuda-pemuda tersebut gagal mengesannya.



Selepas mereka berpaling dan berniat untuk meninggalkan kawasan tersebut, mereka terdengar satu suara yang halus memanggil. Pada mulanya mereka membiarkan sahaja suara tersebut, tetapi bila terdengar suara yang sama memanggil sekali lagi,mereka mengambil keputusan untuk mencari dari mana datangnya suara tersebut. Setelah diamati, suara tersebut datang daripada sebatang pokok berhampiran. Suara dari pokok itu sangat jelas meminta supaya mereka membunuh Yahudi yang sedang bersembunyi dibelakangnya. Yahudi itu akhirnya mati dibunuh oleh ketiga-tiga pemuda Palestin itu.


Setelah beberapa kali membaca emel yang tersebar itu, saya tertanya-tanya pokok apakah yang berbicara itu? Tidak ada jawapan diberikan dalam emel yang disebarkan. Mungkinkah pokok Gharqad?. Itu tidak mungkin, kerana dalam hadith sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan al-Tirmidhi bermaksud:

“Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah akan berlaku peperangan di antara orang Islam dan Yahudi, maka pada waktu itu (tentera) Yahudi akan dibunuh oleh (tentera) Islam, sehingga apabila orang Yahudi berselindung di sebalik batu dan pokok, lalu batu dan pokok itu akan bersuara dengan katanya: ‘wahai muslim, wahai hamba Allah, di belakangku ini ada Yahudi, marilah bunuhnya’, kecuali POKOK GHARQAD (yang tidak bersuara), kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi”.
 
 
Pokok Gharqad, adalah panggilan bagi pokok Yahudi dalam bahasa arab. Dalam istilah botani, pokok Gharqad dikenali sebagai spesis Boxthorn, termasuk dalam keluarga Solanaceae yang terdiri lebih daripada 90 spesis. Nama-nama lain yang biasa digunakan untuk pokok ini ialah desert-thorn, Christmas berry, wolfberry, Matrimony vine, Tea-tree dan Goji.

Dalam bahasa Ibrani, pokok Gharqad disamakan dengan pokok Atad. Sarjana botani Prof. Michael Zohary dan Noga Hereuveni of Neot Kedumim yang mengkaji tumbuhan yang disebutkan dalam bible mengesahkan pokok atad adalah sama dengan spesis Jujube.

Jika pokok Jujube ini adalah pokok Gharqad seperti yang disebutkan dalam hadith, kemungkinan pernyataan yang mengatakan Yahudi sedang giat menanam pokok Gharqad adalah benar. Dalam satu artikel yang dirujuk penulis, spesis ini adalah tumbuhan kedua terbesar di negara haram Israel selepas pokok akasia. Spesis ini banyak tumbuh pada ketinggian kurang daripada 1500 meter dan boleh menyesuaikan diri dengan keadaan kering serta kekurangan air. Pokok jujube juga ditanam dalam kawasan perumahan secara besar-besaran sebagai pokok hiasan.Wallahualam.
(Artikel ini dipetik dan dikongsi dari suarasa.com)
 
 
 
Manakala artikel seterusnya 

article neh den amik dari blog ustaz shauqi.. wallahualam...


Nabi saw bersabda dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan al-Tirmidhi bermaksud: "Tidak
akan berlaku kiamat sehinggalah akan berlaku peperangan di antara orang
Islam dan Yahudi, maka pada waktu itu (tentera) Yahudi akan dibunuh
oleh (tentera) Islam, sehingga apabila orang Yahudi berselindung di
sebalik batu dan pokok, lalu batu dan pokok itu akan bersuara dengan
katanya: 'wahai muslim, wahai hamba Allah, di belakangku ini ada
Yahudi, marilah bunuhnya', kecuali POKOK GHARQAD (yang tidak bersuara),
kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi
".

Hadis ini
menceritakan tentang peristiwa akhir zaman iaitu waktu hampir kiamat.
Pada waktu ini tentera Yahudi yang dipimpin oleh Dajjal akan berperang
dengan orang Islam. Dalam peperangan ini, orang Islam akan dapat
membunuh dan menewaskan orang Yahudi sehinggakan apabila mereka
berselindung di sebalik mana-mana batu dan pokok untuk menyelamatkan
diri, maka dengan izin Allah pokok dan batu akan memberitahu tentera
Islam tentang Yahudi yang berlindung di sebaliknya. Akan tetapi satu
pohon yang tetap berdiam diri dan akan bersekongkol dengan Yahudi iaitu
pohon yang bernama Gharqad.

Dimaklumkan bahawa orang
Yahudi pada waktu ini sedang giat menanam pokok Gharqad secara
berleluasa di Negara Haram Israel sebagai suatu persediaan menghadapi
tentera Islam pada akhir zaman. Ini juga bermakna bahawa orang Yahudi
sebenarnya memang tahu dan sedar tentang kebenaran Islam dan kebenaran
hadis nabi saw....cuma keegoaan dan sikap bongkak mereka menyebabkan
mereka tidak menerima ajaran Islam, sebaliknya terus berusaha memerangi
umat Islam dari semasa ke semasa.

Ramai juga yang bertanya
tentang bagaimanakah pokok Gharqad. Ada yang menyatakan bahawa ia pokok
Krismas, dan ada pula yang menyatakan bahawa ia pokok ru, pokok kaktus
dan sebagainya. Moga gambar pokok Gharqad yang dipapar di atas dapat
menyelesaikan kekeliruan tentang gambaran pokok Gharqad. Dan yang
pastinya pokok Gharqad tidak sesuai dengan iklim di Malaysia dan ia
tidak tumbuh di tempat kita.
..Wallahualam..

Bumi Palestine. Bumi Islam.

Bulan Ramadhan ini saya tidak terlepas peluang menonton rancangan Jejak Rasul.
Jejak Rasul kali ini dibahagikan kepada 2 bahagian
Bahagian pertama diceritakan mengenai Serikandi-serikandi Islam.
Saya amat berbangga. Islam memang memandang mulia terhadap kaum-kaum wanita.
Amat salah lah sesiapa yang cakap ISLAM itu menindas kaum wanita.
Malah Golongan-golongan wanita ISLAM ketika zaman Rasullulah saw adalah antara golongan yang banyak menyumbang tenaga dan buah fikiran dalam menaikkan agama islam antaranya adalah ummu salamah Radhiyallahu "anha. Kisah-kisah mereka memang membuatkan saya bangga menjadi wanita islam.
Malahan, Srikandi islam banyak yang terdiri daripada golongan bijak pandai. Jika tidak masakan mereka boleh meriwayatkan beribu-ribu hadis sebagai contoh Saidatina Aisyah.

Bahagian kedua, mengenai kisah Yahudi dan Bani Israel. Jejak Rasul kali ini agak menempa bahaya dengan berani melangkah ke bumi baitulmaqdis yang dikawal oleh rejim zionis.
ISRAEL- Kali pertama saya baca makna ini didalam buku Yakju' & Makju'.
Israel adalah gelaran yang diberikan kepada Nabi Yaakob AS.
Kaum Yahudi Beranggapan Nabi Yaakob adalah dari golongan mereka.

Saya tidak mahu cerita dengan lebih lanjut, Yang Pasti anda boleh Men"SEARCH" sendiri.
Saya cuma ingin kongsikan disini mengikut pandangan saya, kaum Yahudi adalah satu kaum yang kaya dengan Ego. Terbukti dengan Ego mereka Terhadap Allah SWT. Sehingga mereka diharamkan untuk bumi PALESTINE.
Dengan Ego mereka juga mereka telah menjadi antara golongan yang termaju di dunia
Masyarakat mereka akan terus berdendam dan mementingkan diri bahawa agama mereka adalah agama yang suci dalam dunia dan mereka akan terus memandang rendah terhadap agama-agama lain terutama ISLAM.
Dunia kini yang pasti sudah berada di penghujung zaman,
klik sini


“Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah akan berlaku peperangan di antara orang Islam dan Yahudi, maka pada waktu itu (tentera) Yahudi akan dibunuh oleh (tentera) Islam, sehingga apabila orang Yahudi berselindung di sebalik batu dan pokok, lalu batu dan pokok itu akan bersuara dengan katanya: ‘wahai muslim, wahai hamba Allah, di belakangku ini ada Yahudi, marilah bunuhnya’, kecuali POKOK GHARQAD (yang tidak bersuara), kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi”.