Friday, June 25, 2010

NANTIKAN.

Saya dalam proses memberitahu kalian mengenai sesuatu.


Tunggukan. Insya-Allah.

p/s: Rasa bersalah dan sedih dengan sikap diri sendiri.Kadang-kadang.

Thursday, June 24, 2010

hye! selamat malam.

Mohon akan dapat berita baik dalam dua tiga hari ini.


Ermm..Tapi jangan pula berita buruk, Minta dijauhkan.:O

Wednesday, June 23, 2010

Monday, June 21, 2010

meja jepun.

Tadi selepas minta COP dari ketua kampung Dusun Nyior saya ke TESCO. (terima kasih en rofik)
Untuk apa? Untuk mengubat hati yang kesedihan dek tidak dapat masuk IPTA.

Ala-ala macam ini lah meja jepun yang saya beli untuk letak laptop.
Tapi niat dihati nak beli cenggini:

Tapi apakan daya di tesco tiada meja sebegitu.Mungkin saya perlu ke IKEA. :(
Saya juga beli SHELF untuk meletakkan barang-barang saya yang bersepah.
Maklumlah saya tiada bilik sendiri~

P/s: Masih sedih.Hanya DOA yang mampu membantu hendakNya.

Saturday, June 19, 2010

KLMU.

Tiba-tiba saya menaip Kuala Lumpur Metropolitan University ya? Kenapa rasanya?
Adakah saya ingin menyambung DEGREE di sana? Setelah kecundang dengan IPTA.

 Oh Tidak! sebenarnya hari ini saya menemani sahabat saya mendaftar di KLMU Jalan Raja Laut.
Kisah hari ini agak sedih.Sahabat saya ini tidak langsung mendapat surat tawaran daripada KLMU.Sedangkan bayaran telah dibayar sebanyak RM300.
Mereka hanya suruh sahabat saya datang mendaftar.
Saya menemani dia dengan menaiki bus kemudian naik LRT ke Sultan Ismail.
Sampai disana ALHAMDULLILAH.Semua sudah ada didalam sistem.
Cuma..


Saya cuma terfikir tentang beberapa perkara:
1) Mengapa pihak pengurusan tidak sistematik dalam proses pengambilan pelajar?
2)Asrama yang disediakan sangat jauh.Walaupun kondominium tetapi pengangkutan pelajar tiadakah?
3)Sahabat saya mendapat bilik yang sangat kecil untuk dikongsi dengan 4ORANG?
4)Keluar Iklan di buletin utama TV3 seperti bagus sahaja?

P/s: Tiba-tiba rasa Pihak Multimedia College lagi senonoh pula sistem pentadbirannya..Penat HARI INI.

Friday, June 18, 2010

sambungan :(

Semalam agak sangat sedih.
Mahu tahu kenapa.Mari Lihat.:




Sangat sedih rasanya apabila membaca keputusan ini.
Nampaknya Pointer GPA akhir semester sebanyak 3.45 tidak memadai untuk saya ditempatkan di universiti kerajaan.Tetapi saya telah mengemukakan e-rayuan.Semoga rayuan saya diterima.:(


P/s: Adalah impian saya untuk menyambung DEGREE di universiti kerajaan.Agak sedih dengan tindakan kerajaan yang sambil lewa sahaja dengan permohonan pemegang diploma dari KOLEJ SWASTA.

:(



Memang sungguh sedih rasanya.


Agak malas untuk diceritakan.huhu

Wednesday, June 16, 2010

selamat hari jadi.

YE.Ucapan diatas ditujukan pada seorang sahabat saya yang menyambut hari kelahiran nya semalam? 16/06/2010.
Tadi saya bersama El,Doll dan Anyah serta Atin menyambut "beliau" di tepi tasik seremban berdekatan dengan restoran A&W.
Kebetulan dia juga akan pergi menyambung pelajaran ke KLMU.Sabtu ini.(19/06/2010).
Semoga dia sentiasaa diberkati oleh Allah swt.Amin.

p/s:Penat pula rasanya kebelakangan ini.Perlu rehat yang cukup!