Tuesday, December 14, 2010

Rasullullah saw SWEET!!!

السّلام عليكم

Hendak berkongsi satu cerita yang sangat menarik


Islam itu luas dan meliputi segala aspek kehidupan.
Bersama-sama dengan adik-adik sepupu yang masih kecil, membuatkan saya teringat tentang satu cerita di zaman Rasulullah SAW. Baginda SAW amat mencintai dan sayang akan kanak-kanak.
Pernah pada suatu hari, baginda membariskan Abdullah, Ubaidullah dan putera–putera Saidina Abas yang lain.

Baginda berkata, "Siapakah di antara kamu yang terlebih dahulu sampai kepadaku, akan aku berikan sesuatu."

Maka mereka berlumba-lumba menuju ke arah baginda, kemudian mereka duduk dekat Rasulullah dan baginda memeluk dan mencium mereka.

Allahu akbar. Sesungguhnya mencintai dan menyayangi kanak-kanak juga adalah antara sunnah Rasulullah SAW.

Yang tua dihormati, yang muda disayangi.

Bagaimana mahu menyayangi?

Salah satunya, terapkanlah mereka dengan ajaran dan nilai-nilai Islam. Tanda kita sayang mereka, supaya apabila mereka besar kelak, mereka tidak mudah dipengaruhi oleh jahiliyyah yang bermaharajalela di luar perkarangan rumah!

Menyayangi mereka juga adalah tanda kita menyayangi diri kita sendiri. Bagaimana dan kenapa? Anak-anak yang diajar dgn nilai-nilai Islam pastinya kita harapkan akan menjadi anak yang soleh dan solehah. (Kerana impian untuk mendapatkan anak2 yang solehah tidak mampu diperolehi tanpa ada usaha daripada pihak ibu bapa). Ingat kah pada satu hadis ini?

Rasulullah SAW bersabda, "Bila seorang anak Adam wafat, maka amalnya terputus kecuali tiga hal:
[1] Sedekah jariah,
[2] Ilmu yang bermanfaat dan
[3] Anak soleh yang mendoakan kepada orang tuanya.

(HR. Muslim, Abu Dawud, At-Tirmidzi, Nasa'i dan Ahmad)

Jelas disini, anak-anak yang soleh/solehah akan mendoakan ibu bapa mereka. Jadi, bukankah "mendidik anak-anak dengan terapan Islam juga bererti kita menyayangi diri kita sendiri"?
Mendidik anak dengan baik adalah salah satu tiket untuk ke syurga-Nya!



credit to: Nur Syamimi Mohamad Napis merupakan salah seorang krew iluvislam.com di New Zealand. Beliau menuntut ilmu Cell and Molecular Bioscience di Victoria University of Wellington, New Zealand. Selain aktif dalam aktiviti kemasyarakatan, beliau juga menulis di miminapis.wordpress.com 

Nota Kaki :
- Bila membaca tentang ini, macam nak cepat kahwin pulak. Gheeeee~
-Alhamdullilah baru mendapat seorang anak buah perempuan lagi. :D
-Camping yang agak menenangkan hati hujung minggu yang lepas.
-Esok mahu berpuasa.
Indahnya ciptaan Tuhan tidak akan dapat ditandingi dan dibandingkan dengan ciptaan kita yang kerdil ini.
-sitimunirahahmad-

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Daun Keladi Kerana Komen