Tuesday, November 30, 2010

Hari Pertama Di Bulan Terakhir, Enam Hari Sebelum Maal Hijrah 1432

Salam.
Agak panjang pula tajuk entri kali ini. (gelak dalam hati).
Dua tiga hari ini cuaca di Seremban sangat sayu. (bermaksud hujan).
Kalau di luar negara hujan berterusan di penghujung tahun bermaksud Salji akan turun.
Jika Di Malaysia, Tiada apa-apa, mungkin Banjir KOT!. (janganlah)

HUJAN rahmat yang sentiasa ALLAH beri kepada hambaNya.


Okay. HUJAN pembawa rahmat sudah turun dengan lebat. Alhamdullilah.

Saya amat sukakan kesejukan, tetapi saya di tidak boleh berada terlalu lama di dalam kesejukan.
Saya akan mengalami satu jenis SAWAN mengigil. (jangan percaya)
Doktor pula mengatakan saya tidak boleh berada di dalam suasana yang menyebabkan saya berpeluh (bermaksud PANAS).
Wahh.. GILA kan??? (mengada-ngada pun ada)
Sangat BerSyukur dapat melihat Salji secara langsung di Blois, France. Terima Kasih kepada Afifa Ariffin

Tapi, itulah manusia kan, tidak pernah berpuashati dengan apa yang ada.
Dan boleh jadi apa yang kita suka ianya tidak baik untuk kita dan boleh jadi apa yang kita tidak suka ianya amat baik bagi kita.
Dan selebihnya Allah lagi Maha Mengetahui.

P/s : Sangat bersyukur!! Juga Tanniah kepada El kerana telah bergraduasi hari ini.

Tuesday, November 23, 2010

Surah AL- Nahl

Salam.
Alhamdullilah. Saya baru sahaja menghabiskan bacaan Tafsir tadi selepas Isya' di surah Al-Nahl.
Hari ini hendak berkongsi lah sedikit apa yang menarik daripada surah ini, semoga ayat-ayat Allah swt ini mengubat persoalan saya sendiri dan mungkin pada sesiapa yang membaca. InsyaAllah. :D

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.

Surat ini adalah surah yang ke 16 terdiri dari 128 ayat, termasuk golongan surat-surat Makkiyyah. Surat ini dinamakan An Nahl yang bererti lebah karena di dalamnya, terdapat firman Allah s.w.t. ayat 68  :

Ertinya : Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: "Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibikin manusia",
 

"Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah."  Lebah adalah makhluk Allah yang banyak memberi manfaat dan kenikmatan kepada manusia. Ada persamaan antara madu yang dihasilkan oleh lebah dengan Al Quranul Karim. Madu berasal dari bermacam-macam sari bunga dan dia menjadi ubat bagi bermacam-macam penyakit manusia seperti yang tertulis firman Allah swt dalam ayat 69:
Ertinya : kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu ke luar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan  


 Ianya dapat diaplikasikan kepada kita kerana :
Al Quran mengandung inti sari dari kitab-kitab yang telah diturunkan kepada Nabi-nabi zaman dahulu ditambah dengan ajaran-ajaran yang diperlukan oleh semua bangsa sepanjang masa untuk mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat.

Antara isi-isinya yang lain :

1. Keimanan:


Kepastian adanya hari kiamat; keesaan Allah; kekuasaan-Nya dan kesempurnaan ilmu-Nya serta dalil-dalilnya; pertanggungan jawab manusia kepada Allah terhadap segala apa yang telah dikerjakannya.

2. Hukum-hukum:

Beberapa hukum tentang makanan dan minuman yang diharamkan dan yang dihalalkan; kebolehan memakai perhiasan-perhiasan yang berasal dari dalam laut seperti merjan dan mutiara; dibolehkan memakan makanan yang diharamkan dalam keadaan terpaksa; kulit dan bulu binatang dari haiwan yang halal dimakan; kewajiban memenuhi perjanjian dan larangan mempermainkan sumpah; larangan membuat-buat hukum yang tak ada dasarnya; perintah membaca isti'aadzah (a'uudzubillahi minasyaithaanirrajiim = aku berlindung kepada Allah dari syaitan yang terkutuk); larangan membalas siksa melebihi siksaan yang diterima.

3. Kisah-kisah:
Nabi Ibrahim a.s. disebut sebagai seorang imam yang dapat dijadikan tauladan kepada kita kerana patuh kepada Allah dan juga seorang yang "hanif" bermaksud berpegang kepada kebenaran dan tidak pernah meninggalkannya.

4. Lain-lain:
Asal kejadian manusia; madu adalah untuk kesehatan manusia; nasib pemimpin-pemimpin palsu di hari kiamat; pandangan orang Arab zaman Jahiliyah terhadap anak perempuan; ajaran moral di dalam Islam; Cara-cara berdakwah dalam Islam.


P/s: Saya baru tahu kaitan antara madu sebagai ubat kepada penyakit dengan kitab suci pemberian Allah kepada hamba-hambaNya yang mengalami penyakit hati di dunia. Oleh itu, jika saya dilanda penyakit  hati maka ubatnya  Al-Quran. :D

Sunday, November 21, 2010

Soalan Yang Dijawab.

Salam.



Ingatlah bahawa kehidupan di dunia yang meliputi kemewahan dengan segala pangkat kebesaran dan kesenangan itu adalah sekadar ujian. Sesungguhnya hanya bagi mereka yang terpedaya yang akan hanyut dengan ujian ini.

Sedangkan dugaan kesusahan dan kesengsaraan di dunia pula, kadangkala membuatkan kita rasa lemah dan putus asa. Kadangkala kita seringkali mengeluh dengan apa yang ditetapkan untuk kita, dan seringkali jua kita persoalkan itu dan ini tentang takdir yang telah tertulis oleh-Nya. Apakah dengan penerimaan sebegini kita fikir kita cukup redha dengan ketentuan-Nya? Kadangkala pula kita seringkali merumuskan itu dan ini tentang ketetapan-Nya.

'Jikalau dugaan ini tiada, sudah tentu aku begini...'
'Jikalau ini tidak terjadi sudah tentu aku begitu.... '


Apakah kita fikir kita lebih tahu dari Dia yang menciptakan kita? Dan apakah kita fikir kita sebenarnya lebih tahu apa yang terbaik untuk kita?

Subhanallah. Maha suci Allah!

Sudah tentu kita hamba yang kerdil ini tidak tahu apa-apa berbanding Dia yang Maha Sempurna. Namun tanpa kita sedari segala persoalan yang timbul dibenak kita sebenarnya telahpun terjawab dalam Kalam Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan sesuatu, maka Dia juga Maha Mengetahui persoalan yang bakal timbul di fikiran hambaNya. Maka Dia lebih dahulu menjawab persoalan itu dalam ayat-ayat-Nya.
Inilah jawapan Allah tehadap persoalan yang kadangkala timbul dalam hidup kita.

Kenapa semua ini terjadi padaku?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah : 216)

Kenapa terlalu berat ujian ini?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan Kesanggupannya." (Al-Baqarah : 286)

Terasa kehidupan ini sudah tiada maknanya lagi bagiku. Mengapa?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Ali Imraan : 139)

"... ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Yusuf : 87)

Bagaimana harus ku hadapi semua ini?
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." (Al-Baqarah : 45)

Apa yang akan kudapat daripada semua ini?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.." (At-Taubah : 111)

Kepada siapa harus aku berharap?
"Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (At-Taubah : 129)

Berimankah aku?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta?" (Al-Ankabut : 2-3)

Renungi dan redhalah terhadap ketentuan Allah SWT. Pasti tersingkap hikmah yang tersembunyi di sebalik setiap ujian-Nya. Bersabarlah duhai hati. Moga kita menjadi hamba yang redha dan diredhai-Nya.

Credit To:  ILuvIslam

P/s : Allah SWT memberi jawapan bagi setiap persoalan yang timbul dalam diri kita. Ianya Telah Tertulis dalam Lauh Mahfuz kita iaitu Al-Quran. Carilah jawapan bagi setiap soalan dari kita, sesungguhnya Allah itu Maha Sempurna.

Thursday, November 18, 2010

sedikit sahaja lagi.

Salam.
Cetusan Hati kadang-kadang tidak menggambarkan apa yang kita rasa.
Kepuasan Hati juga tidak akan diperolehi begitu sahaja.

Kita Tidak menjangka apa yang bakal jadi hari ESOK.
Mungkin Saja kita pergi mengadap Illahi bila-bila masa.
Tanyakan kembali apa yang kita mahu dalam hidup ini.
Tanya diri didepan cermin "kau kenapa?"

Untuk Hidup Perlu Kuat.
Untuk Kuat Perlu Ada Iman.

Memperolehi Iman, tidaklah sukar dan mudah
Kerana Ianya Tidak Dapat Dilihat Dari mata Biasa.

Sentiasalah bersyukur.
Berlapang Dada terhadap Musibah.



Allah SWT itu Maha Adil dan Saksama. Percayalah JanjiNya.

P/s : Mohon Diberikan Petunjuk.

Tuesday, November 16, 2010

SALAM AIDIL ADHA 1431H.

Salam.
Alhamdullilah..Alhamdullilah..Alhamdullilah!!!
Setelah diberi peluang oleh Allah yg Maha Esa menyambut Ramadhan dan Syawal yang lepas kini diberi peluang lagi menyambut Aidil Adha. Sesungguhnya Allah itu sangat Pemurah dengan memberi bermacam-macam sambutan dalam islam di samping diberikan juga ganjaran-ganjaran pahala.

Agak Sedih dengan kejadian yang menimpa anak melayu kini, bercium mulut secara umum di khalayak ramai yang saya kira pasti dia seorang Islam dari percakapannya. Wallahulalam.
Bagi yang sedia maklum itulah antara tanda-tanda kiamat, apabila maksiat berleluasa.
Mari bersama-sama bermuhasabah diri tentang perlakuan kita selama ini, pengorbanan apa yang telah kita lakukan untuk Maha Pencipta. Kita Sanggup Berkorban apa sahaja untuk makhluk CiptaanNya dan Dunia MilikNya tetapi sedikitpun tiada pengorbanan kita kepada Tuhan Yang Mencipta dan Memiliki.

Walaupun sedikit biarlah mendapat keredhaan disisi Allah SWT. Diharapkan. InsyaAllah.



Darjat Aidil Adha Lebih Tinggi Dari Aidil Fitri
Aidil Adha atau hari raya korban ini sebenarnya lebih besar ertinya  dan lebih tinggi nilai darjatnya berbanding dengan Aidil Fitri. Sejajar dengan kedudukan itu masa bertakbir dipanjangkan bermula dari malam hari raya hinggalah ke hari yang keempat raya, iaitu hari ketiga belas Zulhijjah yang dinamakan hari-hari tasyrik. Di samping bertakbir ummat Islam melakukan ibadah korban pada hari-hari  tersebut.  Demikian pula bagi ummat Islam yang berada di tanah suci menunaikan ibadah haji pada tiga hari tasyrik itu, ialah hari bagi mereka melontar jumrah di Mina. Mereka meneruskan kerja-kerja ibadah haji dengan iringan talbiah :

"Labbaikallahumma labbaik. Labbaikala syarika laka labbaik. Innalhamda wanni'mata laka walmulk. La syarikalak.

maksudnya:
"Wahai Tuhan kami, kami datang semata-mata dengan ikrar setia dan taat kepada pemerintah mu, Wahai Tuhan kami yang tiada sekutu bagimu, kami sahut seruan-mu, sesungguhnya segala puji nikmat dan kekuasaan kesemuanya adalah bagimu, wahai Tuhan kami yang tiada sekutu bagimu."


P/s: Aidil Adha mengingatkan kita untuk mencari rasa kasih dan setulus yakin terhadap Allah swt, tanpa kedua itu, korban tidak akan mampu dilakukan. Seperti Nabi & jemaah haji berkorban masa, tenaga, wang & minda, mencari redhaNya. Tanpa pengorbanan, title bertaqwa yg diredhai Allah akan menjauh. Pengorbanan utk Allah perlukan lebih dari sekadar ilmu. credit to: Uztaz Zaharuddin

Friday, November 12, 2010

Hangat malam november.

Persahabatan seharusnya disulam dengan  

.kasih sayang!!

That's what I learn from my own mistake. 

 Jika Ianya disulam dengan kebencian!!! maka "syaitan"lah yang berkuasa.

 

 

  p/s : marilah bersama meraikan cinta dan kasih sayang bersama keluarga dan sahabat. Ianya akan lebih manis jika kebencian dibuang sejauh yang mungkin.

Lagu ini TeramatLAHhhhhhhhh best.

Wednesday, November 10, 2010

kongsi

Salam.
Berterima Kasihlah kepada mereka :
Yang menyakitimu kerana dialah orang yang menjadikan kamu tabah..  
Yang menipu kamu kerana dia yang meningkatkan pengetahuan kamu.. 
Yang tak pedulikan kamu kerana dialah yang mengajar kamu berdikari.. 
Yang menjatuhkan kamu kerann dialah  punca kamu memperbaiki diri..
Yangg menyeksa kamu kerana dialah yang mengajar kamu erti kesabaran ..
P/s: Akhir kata, kita patut bersyukur dengan setiap apa yang kita perolehi dalam hidup, walaupun ianya satu kesusahan. Bersyukur adalah Ciri orang yang hebat,Alhamdullilah. Kredit to Izmer Izani.

Monday, November 08, 2010

Gejala Luar Kawalan.

OMG!
Lately,i'm always Hungry!
This Feellllllllllling is Not too good.
:(

.i think.

P/s: Alhamdullilah,masih diberikan rezeki dari Allah swt untuk makan.

I Heart You Lahhhh! SKTDN.

Salam.
Usia saya kini mencecah 21 tahun (actually sudahpun!).
Sejak kebelakangan ini saya asyik terkenang-kenang zaman kanak-kanak saya. (7tahun-12tahun).
Termasuklah sekolah rendah saya.
Dimana disitu lah permulaan saya mendapat ilmu.
Permulaan persekolahan saya selepas tadika perpaduan yang ada ular sawa besar itu!

SKTDN
Sekolah Kebangsaan Taman Dusun Nyior.
Sekolah saya ini agak kekampungan sedikit, kerana lokasinya terletak berada di dalam Taman Dusun Nyior sendiri, malah pelajar-pelajar juga majoriti tinggal di dusun nyior.
Serius saya amat rindukan zaman saya di sekolah rendah berbanding sekolah menengah.
Kami hanya ada tiga buah kelas sahaja.
Raya, Mawar dan Cempaka.
Dan sepanjang 6 tahun kami mengadap muka yang sama. (maksud saya disini batch saya '96-'01)
Cikgu yang sama.
Perkara yang sama.
Aktiviti yang sama.
Memang rindukan saat-saat tersebut.
Apakan daya.. Kita makin ke depan bukan?
Bukan ke belakang.
Bersyukur saya dapat bersekolah disitu. :D
Kenangan yang begitu banyak.
kokurikulum hari rabu,coral speaking,hari kantin,sukan sekolah,bola jaring,olahraga,susu coklat dalam kotak,hari kanak-kanak,kelas malam,kem motivasi,program mentor menti.........ahhhhhhhhhh! banyak sangat!
I MISS THAT MOMENTS!!!
kerana ketika itu kehidupan sebagai kanak-kanak penuh dengan warna-warni.(macam rainbow)






kenapa? kenaapaaaaaaaaaaaaaaaaa? muka saya!
sktdn upsr 2009! sebenarnya. 

sktdn upsr 2009! Sorry Again.Like always.


SKTDN DIHATIKU!


P/s: Kami semua sudah besar. :D

Friday, November 05, 2010

Talib Al Habib - Kalimatan + Translation

Just a little sign.

 Salam.
Kehadiran penyanyi lelaki bernama Maher Zain mengundang fenomena serata negara-negara islam tidak terkecuali  Malaysia.
Mungkin ramai yang sudah tahu lagunya, mungkin ramai yang sudah hafal liriknya dan mungkin ramai sudah sedar setelah mendengar lagu dan memahami bait lirik-liriknya. SubhanaAllah.
Ingin saya berkongsi dengan anda salah satu lagunya. Tetapi fokusnya disini adalah sisipan klip video tentang Ruben( abu bakar) bagaimana beliau memeluk agama islam. Mungkin ramai yang sudah mengetahui ceritanya tetapi apa salahnya saya berkongsi bukan. :D Enjoy your show.





P/s: Allah is the Best.

Thursday, November 04, 2010

Pagi Deepavali.

Salam.
Agak lama saya tidak menaip kata hati penunjuk rasa disini (pehhh! ayat gempak aje).
8.07am waktu malaysia. Masih berkain sarung selepas solat subuh. Baru lepas mencium kucing didapur yang kelaparan menanti sarapan pagi.  Hari ini adalah perayaan deepavali di malaysia. 28 Zulkhaedah 1431M atau 5 November 2010. Saya tidak dapat tidur dengan tenang sepanjang malam semalam hingga ke pagi ini kerana ledakan bunyi mercun di kanan, depan dan belakang rumah walaupun sudah jam1200 malam pada malam semalam. (mungkin inilah yang dikatakan rakyat 1 malaysia oleh PM kita.)
So, the conclusion.. saya hanya tidur-tidur ayam. Dengan itu mengambil keputusan untuk tidak tidur.

Jadi, sudah lama saya tidak bertaip-taip disini.
Kini sudah akhir penghujung tahun 2010.
Hanya satu bulan sahaja lagi untuk melangkah ke 2011.
Agak sedih untuk meninggalkan 2010 yang penuh dengan pelbagai pahit dan manis ragam kehidupan.
2010 membawa banyak perubahan kepada saya. Alhamdullilah.
Di dalam DOA saya sentiasa berdoa agar ditetapkan IMAN.


Mengenai saya, masih disini 'home sweet home' :)
Masih belum bergerak ke mana-mana.
InsyaAllah akan berjuang menuntut ilmu dalam masa terdekat ini.
Saya bersyukur masih berada disini,
Banyak hikmahnya, lebih-lebih lagi berada di sisi ibunda tercinta.
Semoga Allah memberi rahmatNya kepada keluarga dan Sahabat-sahabat. Amin.


P/s : Thank You Allah. For Open My Heart. :D