Alhamdullilah. Saya baru sahaja menghabiskan bacaan Tafsir tadi selepas Isya' di surah Al-Nahl.
Hari ini hendak berkongsi lah sedikit apa yang menarik daripada surah ini, semoga ayat-ayat Allah swt ini mengubat persoalan saya sendiri dan mungkin pada sesiapa yang membaca. InsyaAllah. :D
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.
Surat ini adalah surah yang ke 16 terdiri dari 128 ayat, termasuk golongan surat-surat Makkiyyah. Surat ini dinamakan An Nahl yang bererti lebah karena di dalamnya, terdapat firman Allah s.w.t. ayat 68 :
![]() | |
| Ertinya : Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: "Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibikin manusia", |
"Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah." Lebah adalah makhluk Allah yang banyak memberi manfaat dan kenikmatan kepada manusia. Ada persamaan antara madu yang dihasilkan oleh lebah dengan Al Quranul Karim. Madu berasal dari bermacam-macam sari bunga dan dia menjadi ubat bagi bermacam-macam penyakit manusia seperti yang tertulis firman Allah swt dalam ayat 69:
Ianya dapat diaplikasikan kepada kita kerana :
Al Quran mengandung inti sari dari kitab-kitab yang telah diturunkan kepada Nabi-nabi zaman dahulu ditambah dengan ajaran-ajaran yang diperlukan oleh semua bangsa sepanjang masa untuk mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat.
Antara isi-isinya yang lain :
1. Keimanan:
Kepastian adanya hari kiamat; keesaan Allah; kekuasaan-Nya dan kesempurnaan ilmu-Nya serta dalil-dalilnya; pertanggungan jawab manusia kepada Allah terhadap segala apa yang telah dikerjakannya.
2. Hukum-hukum:
Beberapa hukum tentang makanan dan minuman yang diharamkan dan yang dihalalkan; kebolehan memakai perhiasan-perhiasan yang berasal dari dalam laut seperti merjan dan mutiara; dibolehkan memakan makanan yang diharamkan dalam keadaan terpaksa; kulit dan bulu binatang dari haiwan yang halal dimakan; kewajiban memenuhi perjanjian dan larangan mempermainkan sumpah; larangan membuat-buat hukum yang tak ada dasarnya; perintah membaca isti'aadzah (a'uudzubillahi minasyaithaanirrajiim = aku berlindung kepada Allah dari syaitan yang terkutuk); larangan membalas siksa melebihi siksaan yang diterima.
3. Kisah-kisah:
Nabi Ibrahim a.s. disebut sebagai seorang imam yang dapat dijadikan tauladan kepada kita kerana patuh kepada Allah dan juga seorang yang "hanif" bermaksud berpegang kepada kebenaran dan tidak pernah meninggalkannya.
4. Lain-lain:
Asal kejadian manusia; madu adalah untuk kesehatan manusia; nasib pemimpin-pemimpin palsu di hari kiamat; pandangan orang Arab zaman Jahiliyah terhadap anak perempuan; ajaran moral di dalam Islam; Cara-cara berdakwah dalam Islam.
P/s: Saya baru tahu kaitan antara madu sebagai ubat kepada penyakit dengan kitab suci pemberian Allah kepada hamba-hambaNya yang mengalami penyakit hati di dunia. Oleh itu, jika saya dilanda penyakit hati maka ubatnya Al-Quran. :D




No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Daun Keladi Kerana Komen