Salam.
Agak lama saya tidak menaip kata hati penunjuk rasa disini (pehhh! ayat gempak aje).
8.07am waktu malaysia. Masih berkain sarung selepas solat subuh. Baru lepas mencium kucing didapur yang kelaparan menanti sarapan pagi. Hari ini adalah perayaan deepavali di malaysia. 28 Zulkhaedah 1431M atau 5 November 2010. Saya tidak dapat tidur dengan tenang sepanjang malam semalam hingga ke pagi ini kerana ledakan bunyi mercun di kanan, depan dan belakang rumah walaupun sudah jam1200 malam pada malam semalam. (mungkin inilah yang dikatakan rakyat 1 malaysia oleh PM kita.)
So, the conclusion.. saya hanya tidur-tidur ayam. Dengan itu mengambil keputusan untuk tidak tidur.
Jadi, sudah lama saya tidak bertaip-taip disini.
Kini sudah akhir penghujung tahun 2010.
Hanya satu bulan sahaja lagi untuk melangkah ke 2011.
Agak sedih untuk meninggalkan 2010 yang penuh dengan pelbagai pahit dan manis ragam kehidupan.
2010 membawa banyak perubahan kepada saya. Alhamdullilah.
Di dalam DOA saya sentiasa berdoa agar ditetapkan IMAN.
Mengenai saya, masih disini 'home sweet home' :)
Masih belum bergerak ke mana-mana.
InsyaAllah akan berjuang menuntut ilmu dalam masa terdekat ini.
Saya bersyukur masih berada disini,
Banyak hikmahnya, lebih-lebih lagi berada di sisi ibunda tercinta.
Semoga Allah memberi rahmatNya kepada keluarga dan Sahabat-sahabat. Amin.
P/s : Thank You Allah. For Open My Heart. :D

No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Daun Keladi Kerana Komen