Tuesday, December 14, 2010

Rasullullah saw SWEET!!!

السّلام عليكم

Hendak berkongsi satu cerita yang sangat menarik


Islam itu luas dan meliputi segala aspek kehidupan.
Bersama-sama dengan adik-adik sepupu yang masih kecil, membuatkan saya teringat tentang satu cerita di zaman Rasulullah SAW. Baginda SAW amat mencintai dan sayang akan kanak-kanak.
Pernah pada suatu hari, baginda membariskan Abdullah, Ubaidullah dan putera–putera Saidina Abas yang lain.

Baginda berkata, "Siapakah di antara kamu yang terlebih dahulu sampai kepadaku, akan aku berikan sesuatu."

Maka mereka berlumba-lumba menuju ke arah baginda, kemudian mereka duduk dekat Rasulullah dan baginda memeluk dan mencium mereka.

Allahu akbar. Sesungguhnya mencintai dan menyayangi kanak-kanak juga adalah antara sunnah Rasulullah SAW.

Yang tua dihormati, yang muda disayangi.

Bagaimana mahu menyayangi?

Salah satunya, terapkanlah mereka dengan ajaran dan nilai-nilai Islam. Tanda kita sayang mereka, supaya apabila mereka besar kelak, mereka tidak mudah dipengaruhi oleh jahiliyyah yang bermaharajalela di luar perkarangan rumah!

Menyayangi mereka juga adalah tanda kita menyayangi diri kita sendiri. Bagaimana dan kenapa? Anak-anak yang diajar dgn nilai-nilai Islam pastinya kita harapkan akan menjadi anak yang soleh dan solehah. (Kerana impian untuk mendapatkan anak2 yang solehah tidak mampu diperolehi tanpa ada usaha daripada pihak ibu bapa). Ingat kah pada satu hadis ini?

Rasulullah SAW bersabda, "Bila seorang anak Adam wafat, maka amalnya terputus kecuali tiga hal:
[1] Sedekah jariah,
[2] Ilmu yang bermanfaat dan
[3] Anak soleh yang mendoakan kepada orang tuanya.

(HR. Muslim, Abu Dawud, At-Tirmidzi, Nasa'i dan Ahmad)

Jelas disini, anak-anak yang soleh/solehah akan mendoakan ibu bapa mereka. Jadi, bukankah "mendidik anak-anak dengan terapan Islam juga bererti kita menyayangi diri kita sendiri"?
Mendidik anak dengan baik adalah salah satu tiket untuk ke syurga-Nya!



credit to: Nur Syamimi Mohamad Napis merupakan salah seorang krew iluvislam.com di New Zealand. Beliau menuntut ilmu Cell and Molecular Bioscience di Victoria University of Wellington, New Zealand. Selain aktif dalam aktiviti kemasyarakatan, beliau juga menulis di miminapis.wordpress.com 

Nota Kaki :
- Bila membaca tentang ini, macam nak cepat kahwin pulak. Gheeeee~
-Alhamdullilah baru mendapat seorang anak buah perempuan lagi. :D
-Camping yang agak menenangkan hati hujung minggu yang lepas.
-Esok mahu berpuasa.
Indahnya ciptaan Tuhan tidak akan dapat ditandingi dan dibandingkan dengan ciptaan kita yang kerdil ini.
-sitimunirahahmad-

Friday, December 10, 2010

Citarasa Terbaru. Mari Lihat!!!!.

السّلام عليكم

Yes! sangat gembira dan riang hati. Alhamdullilah.
Kehidupan berjalan dengan lancar, masih punya orang-orang tersayang disisi.
Ohh! Sangat Gembira.
Selepas perginya 1431 Hijrah, diharapkan akan ada lebih banyak perubahan dalam diri ini.
Minta-minta Ya Allah! Ameen.

Saya GEMBIR
Nota Kaki:
- Diharap akan ada khabar gembira dalam masa terdekat ini. InsyaAllah.
- Akan membuat aktiviti luar esok. CAMPING!!!
- Ingin melunaskan lekas kerja yang Abah beri sebelum berangkat esok. :)
- Tanniah kepada  Nina Kirai  kerana mendapat dekan untuk semester pertama. Wah!!!

Kehidupan akan lebih terasa bermakna apabila kita sentiasa belajar menghargai seseorang, dan tidak perlu untuk menunggu mereka menghargai kita.
-SitiMunirahAhmad-

Monday, December 06, 2010

peluk kucing simbolik aku RINDU

SALAM.

Sudah beberapa hari pulih dari penghapusan dosa-dosa kecil. hahh!!

Sudah lama pula tidak berjumpa teman-teman tersayang.

Mungkin cuaca sejuk menyebabkan diri kurang produktif.

Orang sejuk kat malaysia ni pakai T-shirt je, aku pakai hoodie, ntah ape-ape


Dan juga BEKU tangan untuk menaip bertanya khabar. (saya dan mereka)

Ahhh! YA! saya seorang yang amat pemalas kadang-kadang dan ditambah musim hujan hampir setiap hari.

Aktiviti yang dirasa amat seronok adalah tidur. Haishh... CHANGE ur attitude please!!

Kalau ditempatkan di negara RUSIA, mungkin saya sudah MATI akibat kesejukan terlampau.


P/s: tetap bersyukur atas segala-galanya. Alhamdullilah3x

SALAM MAAL HIJRAH 1432H.

Salam.
Selepas Maghrib tadi berlabuhnya tirai 1431H.
Sebagai Umat Islam, Kita telah melangkah ke tahun baru.
Begitu perlu kita mengingati perjuangan Rasullulah Tercinta bersama-sama sahabat-sahabat baginda dalam  melakukan pengHIJRAHan dari Mekah ke Madinah.

Sambutan ini dikaitkan dengan HIJRAH.
Mari bersama-sama kita HIJRAH kan diri kita untuk kepada yang lebih baik.
Tinggalkan perkara-perkara yang negatif yang tidak akan membangunkan diri dan ummah itu sendiri.
Malahan,mari bersama-sama bersedia menempuhi akhir-akhir zaman yang bakal dipenuhi dengan penipuan dan kepalsuan dengan berbekalkan IMAN yang perlu kita pohon pada Pencipta yang satu.

1432H.
Sudah tiba rasanya bagi saya, untuk berhijrah ke arah yang lebih baik daripada sebelum-sebelum ini.



P/s: Seakan Gambar-gambar Hiasan di Blog ini seperti ditaja ILuvIslam pula. :D

Wednesday, December 01, 2010

Hari Pertama Di Bulan Terakhir, Enam Hari Sebelum Maal Hijrah 1432

Salam.
Agak panjang pula tajuk entri kali ini. (gelak dalam hati).
Dua tiga hari ini cuaca di Seremban sangat sayu. (bermaksud hujan).
Kalau di luar negara hujan berterusan di penghujung tahun bermaksud Salji akan turun.
Jika Di Malaysia, Tiada apa-apa, mungkin Banjir KOT!. (janganlah)


HUJAN rahmat yang sentiasa ALLAH beri kepada hambaNya.


Okay. HUJAN pembawa rahmat sudah turun dengan lebat. Alhamdullilah.

Saya amat sukakan kesejukan, tetapi saya di tidak boleh berada terlalu lama di dalam kesejukan.
Saya akan mengalami satu jenis SAWAN mengigil. (jangan percaya)
Doktor pula mengatakan saya tidak boleh berada di dalam suasana yang menyebabkan saya berpeluh (bermaksud PANAS).
Wahh.. GILA kan??? (mengada-ngada pun ada)
Sangat BerSyukur dapat melihat Salji secara langsung di Blois, France. Terima Kasih kepada Afifa Ariffin

Tapi, itulah manusia kan, tidak pernah berpuashati dengan apa yang ada.
Dan boleh jadi apa yang kita suka ianya tidak baik untuk kita dan boleh jadi apa yang kita tidak suka ianya amat baik bagi kita.
Dan selebihnya Allah lagi Maha Mengetahui.

P/s : Sangat bersyukur!! Juga Tanniah kepada El kerana telah bergraduasi hari ini.

Ulang Tayang: Tergelak besar seketika, tidak kira.. saya post lagi sekali. Baru puas hati aku.

kau dah kenapa?

Salam.
Rasa nak jadi HULK pulak.

Encik HULK yang jadi hijau bila dia marah.

Beriya-iya saya taip hari pertama tetapi tarikh lain pula diatasnya.

Kau dah kenapa? Adakah silap saya.

Ouh! Tidak Tahu.

Okay, Geram tamat disini.

Tuesday, November 30, 2010

Hari Pertama Di Bulan Terakhir, Enam Hari Sebelum Maal Hijrah 1432

Salam.
Agak panjang pula tajuk entri kali ini. (gelak dalam hati).
Dua tiga hari ini cuaca di Seremban sangat sayu. (bermaksud hujan).
Kalau di luar negara hujan berterusan di penghujung tahun bermaksud Salji akan turun.
Jika Di Malaysia, Tiada apa-apa, mungkin Banjir KOT!. (janganlah)

HUJAN rahmat yang sentiasa ALLAH beri kepada hambaNya.


Okay. HUJAN pembawa rahmat sudah turun dengan lebat. Alhamdullilah.

Saya amat sukakan kesejukan, tetapi saya di tidak boleh berada terlalu lama di dalam kesejukan.
Saya akan mengalami satu jenis SAWAN mengigil. (jangan percaya)
Doktor pula mengatakan saya tidak boleh berada di dalam suasana yang menyebabkan saya berpeluh (bermaksud PANAS).
Wahh.. GILA kan??? (mengada-ngada pun ada)
Sangat BerSyukur dapat melihat Salji secara langsung di Blois, France. Terima Kasih kepada Afifa Ariffin

Tapi, itulah manusia kan, tidak pernah berpuashati dengan apa yang ada.
Dan boleh jadi apa yang kita suka ianya tidak baik untuk kita dan boleh jadi apa yang kita tidak suka ianya amat baik bagi kita.
Dan selebihnya Allah lagi Maha Mengetahui.

P/s : Sangat bersyukur!! Juga Tanniah kepada El kerana telah bergraduasi hari ini.

Tuesday, November 23, 2010

Surah AL- Nahl

Salam.
Alhamdullilah. Saya baru sahaja menghabiskan bacaan Tafsir tadi selepas Isya' di surah Al-Nahl.
Hari ini hendak berkongsi lah sedikit apa yang menarik daripada surah ini, semoga ayat-ayat Allah swt ini mengubat persoalan saya sendiri dan mungkin pada sesiapa yang membaca. InsyaAllah. :D

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.

Surat ini adalah surah yang ke 16 terdiri dari 128 ayat, termasuk golongan surat-surat Makkiyyah. Surat ini dinamakan An Nahl yang bererti lebah karena di dalamnya, terdapat firman Allah s.w.t. ayat 68  :

Ertinya : Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: "Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibikin manusia",
 

"Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah."  Lebah adalah makhluk Allah yang banyak memberi manfaat dan kenikmatan kepada manusia. Ada persamaan antara madu yang dihasilkan oleh lebah dengan Al Quranul Karim. Madu berasal dari bermacam-macam sari bunga dan dia menjadi ubat bagi bermacam-macam penyakit manusia seperti yang tertulis firman Allah swt dalam ayat 69:
Ertinya : kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu ke luar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan  


 Ianya dapat diaplikasikan kepada kita kerana :
Al Quran mengandung inti sari dari kitab-kitab yang telah diturunkan kepada Nabi-nabi zaman dahulu ditambah dengan ajaran-ajaran yang diperlukan oleh semua bangsa sepanjang masa untuk mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat.

Antara isi-isinya yang lain :

1. Keimanan:


Kepastian adanya hari kiamat; keesaan Allah; kekuasaan-Nya dan kesempurnaan ilmu-Nya serta dalil-dalilnya; pertanggungan jawab manusia kepada Allah terhadap segala apa yang telah dikerjakannya.

2. Hukum-hukum:

Beberapa hukum tentang makanan dan minuman yang diharamkan dan yang dihalalkan; kebolehan memakai perhiasan-perhiasan yang berasal dari dalam laut seperti merjan dan mutiara; dibolehkan memakan makanan yang diharamkan dalam keadaan terpaksa; kulit dan bulu binatang dari haiwan yang halal dimakan; kewajiban memenuhi perjanjian dan larangan mempermainkan sumpah; larangan membuat-buat hukum yang tak ada dasarnya; perintah membaca isti'aadzah (a'uudzubillahi minasyaithaanirrajiim = aku berlindung kepada Allah dari syaitan yang terkutuk); larangan membalas siksa melebihi siksaan yang diterima.

3. Kisah-kisah:
Nabi Ibrahim a.s. disebut sebagai seorang imam yang dapat dijadikan tauladan kepada kita kerana patuh kepada Allah dan juga seorang yang "hanif" bermaksud berpegang kepada kebenaran dan tidak pernah meninggalkannya.

4. Lain-lain:
Asal kejadian manusia; madu adalah untuk kesehatan manusia; nasib pemimpin-pemimpin palsu di hari kiamat; pandangan orang Arab zaman Jahiliyah terhadap anak perempuan; ajaran moral di dalam Islam; Cara-cara berdakwah dalam Islam.


P/s: Saya baru tahu kaitan antara madu sebagai ubat kepada penyakit dengan kitab suci pemberian Allah kepada hamba-hambaNya yang mengalami penyakit hati di dunia. Oleh itu, jika saya dilanda penyakit  hati maka ubatnya  Al-Quran. :D

Sunday, November 21, 2010

Soalan Yang Dijawab.

Salam.



Ingatlah bahawa kehidupan di dunia yang meliputi kemewahan dengan segala pangkat kebesaran dan kesenangan itu adalah sekadar ujian. Sesungguhnya hanya bagi mereka yang terpedaya yang akan hanyut dengan ujian ini.

Sedangkan dugaan kesusahan dan kesengsaraan di dunia pula, kadangkala membuatkan kita rasa lemah dan putus asa. Kadangkala kita seringkali mengeluh dengan apa yang ditetapkan untuk kita, dan seringkali jua kita persoalkan itu dan ini tentang takdir yang telah tertulis oleh-Nya. Apakah dengan penerimaan sebegini kita fikir kita cukup redha dengan ketentuan-Nya? Kadangkala pula kita seringkali merumuskan itu dan ini tentang ketetapan-Nya.

'Jikalau dugaan ini tiada, sudah tentu aku begini...'
'Jikalau ini tidak terjadi sudah tentu aku begitu.... '


Apakah kita fikir kita lebih tahu dari Dia yang menciptakan kita? Dan apakah kita fikir kita sebenarnya lebih tahu apa yang terbaik untuk kita?

Subhanallah. Maha suci Allah!

Sudah tentu kita hamba yang kerdil ini tidak tahu apa-apa berbanding Dia yang Maha Sempurna. Namun tanpa kita sedari segala persoalan yang timbul dibenak kita sebenarnya telahpun terjawab dalam Kalam Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan sesuatu, maka Dia juga Maha Mengetahui persoalan yang bakal timbul di fikiran hambaNya. Maka Dia lebih dahulu menjawab persoalan itu dalam ayat-ayat-Nya.
Inilah jawapan Allah tehadap persoalan yang kadangkala timbul dalam hidup kita.

Kenapa semua ini terjadi padaku?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah : 216)

Kenapa terlalu berat ujian ini?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan Kesanggupannya." (Al-Baqarah : 286)

Terasa kehidupan ini sudah tiada maknanya lagi bagiku. Mengapa?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Ali Imraan : 139)

"... ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Yusuf : 87)

Bagaimana harus ku hadapi semua ini?
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." (Al-Baqarah : 45)

Apa yang akan kudapat daripada semua ini?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.." (At-Taubah : 111)

Kepada siapa harus aku berharap?
"Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (At-Taubah : 129)

Berimankah aku?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta?" (Al-Ankabut : 2-3)

Renungi dan redhalah terhadap ketentuan Allah SWT. Pasti tersingkap hikmah yang tersembunyi di sebalik setiap ujian-Nya. Bersabarlah duhai hati. Moga kita menjadi hamba yang redha dan diredhai-Nya.

Credit To:  ILuvIslam

P/s : Allah SWT memberi jawapan bagi setiap persoalan yang timbul dalam diri kita. Ianya Telah Tertulis dalam Lauh Mahfuz kita iaitu Al-Quran. Carilah jawapan bagi setiap soalan dari kita, sesungguhnya Allah itu Maha Sempurna.

Thursday, November 18, 2010

sedikit sahaja lagi.

Salam.
Cetusan Hati kadang-kadang tidak menggambarkan apa yang kita rasa.
Kepuasan Hati juga tidak akan diperolehi begitu sahaja.

Kita Tidak menjangka apa yang bakal jadi hari ESOK.
Mungkin Saja kita pergi mengadap Illahi bila-bila masa.
Tanyakan kembali apa yang kita mahu dalam hidup ini.
Tanya diri didepan cermin "kau kenapa?"

Untuk Hidup Perlu Kuat.
Untuk Kuat Perlu Ada Iman.

Memperolehi Iman, tidaklah sukar dan mudah
Kerana Ianya Tidak Dapat Dilihat Dari mata Biasa.

Sentiasalah bersyukur.
Berlapang Dada terhadap Musibah.



Allah SWT itu Maha Adil dan Saksama. Percayalah JanjiNya.

P/s : Mohon Diberikan Petunjuk.

Tuesday, November 16, 2010

SALAM AIDIL ADHA 1431H.

Salam.
Alhamdullilah..Alhamdullilah..Alhamdullilah!!!
Setelah diberi peluang oleh Allah yg Maha Esa menyambut Ramadhan dan Syawal yang lepas kini diberi peluang lagi menyambut Aidil Adha. Sesungguhnya Allah itu sangat Pemurah dengan memberi bermacam-macam sambutan dalam islam di samping diberikan juga ganjaran-ganjaran pahala.

Agak Sedih dengan kejadian yang menimpa anak melayu kini, bercium mulut secara umum di khalayak ramai yang saya kira pasti dia seorang Islam dari percakapannya. Wallahulalam.
Bagi yang sedia maklum itulah antara tanda-tanda kiamat, apabila maksiat berleluasa.
Mari bersama-sama bermuhasabah diri tentang perlakuan kita selama ini, pengorbanan apa yang telah kita lakukan untuk Maha Pencipta. Kita Sanggup Berkorban apa sahaja untuk makhluk CiptaanNya dan Dunia MilikNya tetapi sedikitpun tiada pengorbanan kita kepada Tuhan Yang Mencipta dan Memiliki.

Walaupun sedikit biarlah mendapat keredhaan disisi Allah SWT. Diharapkan. InsyaAllah.



Darjat Aidil Adha Lebih Tinggi Dari Aidil Fitri
Aidil Adha atau hari raya korban ini sebenarnya lebih besar ertinya  dan lebih tinggi nilai darjatnya berbanding dengan Aidil Fitri. Sejajar dengan kedudukan itu masa bertakbir dipanjangkan bermula dari malam hari raya hinggalah ke hari yang keempat raya, iaitu hari ketiga belas Zulhijjah yang dinamakan hari-hari tasyrik. Di samping bertakbir ummat Islam melakukan ibadah korban pada hari-hari  tersebut.  Demikian pula bagi ummat Islam yang berada di tanah suci menunaikan ibadah haji pada tiga hari tasyrik itu, ialah hari bagi mereka melontar jumrah di Mina. Mereka meneruskan kerja-kerja ibadah haji dengan iringan talbiah :

"Labbaikallahumma labbaik. Labbaikala syarika laka labbaik. Innalhamda wanni'mata laka walmulk. La syarikalak.

maksudnya:
"Wahai Tuhan kami, kami datang semata-mata dengan ikrar setia dan taat kepada pemerintah mu, Wahai Tuhan kami yang tiada sekutu bagimu, kami sahut seruan-mu, sesungguhnya segala puji nikmat dan kekuasaan kesemuanya adalah bagimu, wahai Tuhan kami yang tiada sekutu bagimu."


P/s: Aidil Adha mengingatkan kita untuk mencari rasa kasih dan setulus yakin terhadap Allah swt, tanpa kedua itu, korban tidak akan mampu dilakukan. Seperti Nabi & jemaah haji berkorban masa, tenaga, wang & minda, mencari redhaNya. Tanpa pengorbanan, title bertaqwa yg diredhai Allah akan menjauh. Pengorbanan utk Allah perlukan lebih dari sekadar ilmu. credit to: Uztaz Zaharuddin

Friday, November 12, 2010

Hangat malam november.

Persahabatan seharusnya disulam dengan  

.kasih sayang!!

That's what I learn from my own mistake. 

 Jika Ianya disulam dengan kebencian!!! maka "syaitan"lah yang berkuasa.

 

 

  p/s : marilah bersama meraikan cinta dan kasih sayang bersama keluarga dan sahabat. Ianya akan lebih manis jika kebencian dibuang sejauh yang mungkin.

Lagu ini TeramatLAHhhhhhhhh best.

Wednesday, November 10, 2010

kongsi

Salam.
Berterima Kasihlah kepada mereka :
Yang menyakitimu kerana dialah orang yang menjadikan kamu tabah..  
Yang menipu kamu kerana dia yang meningkatkan pengetahuan kamu.. 
Yang tak pedulikan kamu kerana dialah yang mengajar kamu berdikari.. 
Yang menjatuhkan kamu kerann dialah  punca kamu memperbaiki diri..
Yangg menyeksa kamu kerana dialah yang mengajar kamu erti kesabaran ..
P/s: Akhir kata, kita patut bersyukur dengan setiap apa yang kita perolehi dalam hidup, walaupun ianya satu kesusahan. Bersyukur adalah Ciri orang yang hebat,Alhamdullilah. Kredit to Izmer Izani.

Monday, November 08, 2010

Gejala Luar Kawalan.

OMG!
Lately,i'm always Hungry!
This Feellllllllllling is Not too good.
:(

.i think.

P/s: Alhamdullilah,masih diberikan rezeki dari Allah swt untuk makan.

I Heart You Lahhhh! SKTDN.

Salam.
Usia saya kini mencecah 21 tahun (actually sudahpun!).
Sejak kebelakangan ini saya asyik terkenang-kenang zaman kanak-kanak saya. (7tahun-12tahun).
Termasuklah sekolah rendah saya.
Dimana disitu lah permulaan saya mendapat ilmu.
Permulaan persekolahan saya selepas tadika perpaduan yang ada ular sawa besar itu!

SKTDN
Sekolah Kebangsaan Taman Dusun Nyior.
Sekolah saya ini agak kekampungan sedikit, kerana lokasinya terletak berada di dalam Taman Dusun Nyior sendiri, malah pelajar-pelajar juga majoriti tinggal di dusun nyior.
Serius saya amat rindukan zaman saya di sekolah rendah berbanding sekolah menengah.
Kami hanya ada tiga buah kelas sahaja.
Raya, Mawar dan Cempaka.
Dan sepanjang 6 tahun kami mengadap muka yang sama. (maksud saya disini batch saya '96-'01)
Cikgu yang sama.
Perkara yang sama.
Aktiviti yang sama.
Memang rindukan saat-saat tersebut.
Apakan daya.. Kita makin ke depan bukan?
Bukan ke belakang.
Bersyukur saya dapat bersekolah disitu. :D
Kenangan yang begitu banyak.
kokurikulum hari rabu,coral speaking,hari kantin,sukan sekolah,bola jaring,olahraga,susu coklat dalam kotak,hari kanak-kanak,kelas malam,kem motivasi,program mentor menti.........ahhhhhhhhhh! banyak sangat!
I MISS THAT MOMENTS!!!
kerana ketika itu kehidupan sebagai kanak-kanak penuh dengan warna-warni.(macam rainbow)






kenapa? kenaapaaaaaaaaaaaaaaaaa? muka saya!
sktdn upsr 2009! sebenarnya. 

sktdn upsr 2009! Sorry Again.Like always.


SKTDN DIHATIKU!


P/s: Kami semua sudah besar. :D

Friday, November 05, 2010

Talib Al Habib - Kalimatan + Translation

Just a little sign.

 Salam.
Kehadiran penyanyi lelaki bernama Maher Zain mengundang fenomena serata negara-negara islam tidak terkecuali  Malaysia.
Mungkin ramai yang sudah tahu lagunya, mungkin ramai yang sudah hafal liriknya dan mungkin ramai sudah sedar setelah mendengar lagu dan memahami bait lirik-liriknya. SubhanaAllah.
Ingin saya berkongsi dengan anda salah satu lagunya. Tetapi fokusnya disini adalah sisipan klip video tentang Ruben( abu bakar) bagaimana beliau memeluk agama islam. Mungkin ramai yang sudah mengetahui ceritanya tetapi apa salahnya saya berkongsi bukan. :D Enjoy your show.





P/s: Allah is the Best.

Thursday, November 04, 2010

Pagi Deepavali.

Salam.
Agak lama saya tidak menaip kata hati penunjuk rasa disini (pehhh! ayat gempak aje).
8.07am waktu malaysia. Masih berkain sarung selepas solat subuh. Baru lepas mencium kucing didapur yang kelaparan menanti sarapan pagi.  Hari ini adalah perayaan deepavali di malaysia. 28 Zulkhaedah 1431M atau 5 November 2010. Saya tidak dapat tidur dengan tenang sepanjang malam semalam hingga ke pagi ini kerana ledakan bunyi mercun di kanan, depan dan belakang rumah walaupun sudah jam1200 malam pada malam semalam. (mungkin inilah yang dikatakan rakyat 1 malaysia oleh PM kita.)
So, the conclusion.. saya hanya tidur-tidur ayam. Dengan itu mengambil keputusan untuk tidak tidur.

Jadi, sudah lama saya tidak bertaip-taip disini.
Kini sudah akhir penghujung tahun 2010.
Hanya satu bulan sahaja lagi untuk melangkah ke 2011.
Agak sedih untuk meninggalkan 2010 yang penuh dengan pelbagai pahit dan manis ragam kehidupan.
2010 membawa banyak perubahan kepada saya. Alhamdullilah.
Di dalam DOA saya sentiasa berdoa agar ditetapkan IMAN.


Mengenai saya, masih disini 'home sweet home' :)
Masih belum bergerak ke mana-mana.
InsyaAllah akan berjuang menuntut ilmu dalam masa terdekat ini.
Saya bersyukur masih berada disini,
Banyak hikmahnya, lebih-lebih lagi berada di sisi ibunda tercinta.
Semoga Allah memberi rahmatNya kepada keluarga dan Sahabat-sahabat. Amin.


P/s : Thank You Allah. For Open My Heart. :D

Sunday, October 03, 2010

diserang penyakit BENCI.

Salam.
Saya juga manusia biasa. Terkadang-kadang akan marah dan benci.
Itulah kelemahan saya sebagai makhluk Allah swt di muka bumi ini.
Bukan saya tidak mengerti tuntutan agama yang tidak langsung menggalakkan umat islam bermusuh-musuhan. ya
Tapi harus dinyatakan disini. Manusia dianjurkan menggunakan akal yang diberikan agar berfikir secara rasional.
Apabila saya marah,tidak lah pula saya terus menyerang sesiapa yang berkenaan. Cukuplah sekadar menyimpan didalam hati paling tidak pun menarik muka menjadi seperti masam mencuka.
Lumrah manusia akan menjadi marah apabila tahap kesabaran di permain-mainkan orang yang tidak mengerti erti sabar.
Baru-baru ini agak banyak dugaan diberikan lebih-lebih lagi jika saya tidak mampu menahan nafsu marah itu sendiri.
Saya cuma mampu meminta dan merayu pada Allah swt. Mohon dipadamkan setiap api kemarahan yang wujud dalam hati ini. Bukan saya pinta untuk menjadi marah.
Cukuplah pengalaman mengajar saya erti untuk bersabar dan berfikir dalam membuat sesuatu keputusan.
Saya ini insan yang masih mencari dan terus mencari keredhaan Allah untuk menumpang hidup dalam dunia milikNya. Siapalah kita? Untuk membenci makhluk ciptaan Allah swt.
P/s: Bersabar dengan orang yang terdekat dengan kita agak susah.

Wednesday, September 22, 2010

rindu menJENGAH.

Salam.
Adakalanya kerinduan akan menjengah dalam kotak fikiran dan hati perasaan.
Saya juga manusia biasa,
Rindukan orang-orang tersayang.
Apabila rindu apa yang patut kita lakukan YA?
Jika mereka yang dirindui boleh dihubungi.
Pastikan anda menyatakan kerinduan anda.
Jika tiada, Simpan sahaja dalam hati? Begitu KAH?

Tidak, Banyak perkara yang boleh kita lakukan.
Dengan Mengingati Allah SWT juga kita akan dapat melepaskan kerinduan kita kepada orang-orang tersayang.
Bila kita mengingati tuhan, sekaligus kita mengingati orang-orang tersayang.
Kita akan mulai rasa bersyukur, Punya keluarga, saudara mara dan teman taulan yang menyayangi kita.
Mengapa tuhan mencipta perasaan RINDU itu, supaya kita lebih menyayangi mereka-mereka. :)
Begitu juga mengapa kita patut RINDU pada ALLAH swt dan NABI saw.
Supaya kita akan akan lebih disayangi da menyayangi.
Sekian. SALAM kerinduan.


P/s: Rindu itu indah. :D

Saturday, September 18, 2010

kembali kepada yang normal

Salam.
18 september 2010.
Hari ini sudah lebih kurang satu minggu kita umat islam menyambut SYAWAL.
Banyak perkara berlaku sepanjang perginya RAMADHAN.
Seakan-seakan mengerti apa yang dirasakan..
Banyak pula mendengar khabar orang pergi menyambut seruan ILLAHI dikalangan teman dan taulan.
Amat simpati dengan mereka.
Sesungguhnya kita juga akan merasai MATI.
Tadi baru sahaja mendapat khabar jiran saya kehilangan cucu yang baru lahir ke dunia tetapi meninggal akibat tidak cukup bulan. Begitu banyak khabar begini saya terima kebelakangan ini termasuklah seorang teman yang baru kehilangan BONDA tercinta
Itulah lumrah dunia. Kita yang Hidup perlu teruskan Hidup.


Selepas Hari ini kehidupan saya mungkin kembali kepada normal.
Mungkin Hari-hari yang sibuk bakal bermula.
Teman-teman tersayang juga sudah mula kembali berjuang menuntut ilmu,
Begitu juga dengan saya, Selagi masih hidup akan terus menuntut ilmu.
Maaf juga dipinta pada teman-teman yang tidak sempat saya kunjungi hari raya ini.
Mungkin rezeki untuk kita berjumpa di lain hari.
Kehidupan Lebih indah rasanya jika ada orang yang menceriakan kita bergelar TEMAN.
Begitu juga dengan keluarga, Mereka anugerah tuhan kepada kita yang tidak ternilai.
SAYANGI MEREKA.


P/s: Sedikit sedih Hari ini.:(

Thursday, September 09, 2010

SALAM SYAWAL 1431

Dengan Lafaz Bismillah dengan nama tuhan yang maha pemurah lagi maha penyayang.
Buat sesiapa yang membaca taipan saya.
Salam lebaran diucapkan.
Mohon Maaf atas segala dosa dan perlakuan yang tidak saya sedari.
Semoga Amalan kita selama sebulan di bulan yang barakah diterima ALLAH swt.
Alhamdullilah.

P/s: Marilah kita bertakbir sempena menandakan kemenangan kita dan mengingati Allah yag Maha Agung.

Sunday, September 05, 2010

untuk peminat lady GAGA.

Sekadar berkongsi sebuah artikel yg sy terima di emel dr seorang rakan... credit kepada penulis asal yg sy tak dapat pastikan siapa, moga kita beroleh manfaat..         ------------------------------------------------------------------------------------

Pesanan to Alejandro.... Baca sampai abis yek...

Assalamualaikum.. Semoga apa yang nak saya sampaikan harini dapat memberi sedikit manfaat kepada semua khususnya kepada peminat peminat cik Gaga ni. Insya-Allah.. Baru-baru ni terdetik nak menyiasat perkembangan baru cik Gaga yang saya sudah tahu tentang dia dan illuminati. Rupanya video untuk lagu Alejandro iaitu lagu baru dia dah release. Banyak kontroversi tentang video ni. Time nak tengok tu macam ragu-ragu jugak .Yelah vid cik Gaga ni saya sudah sedia maklum banyak unsur-unsur lucah..Tapi oleh sebab nak mengkaji apa yang ada dalam vid dia kali ni jadi saya play jugak vid dia. Jadi seperti yang disangka. Banyak benda yang dapat dilihat dalam video yang membuktikan yang dia memang Illuminati puppet. Ramai lagi artis Hollywood pun sama tapi dia yang paling berpengaruh so far ..

Video yang mencapai lebih dari 20 juta viewer kali ni lebih berani dan mengandungi banyak simbolik. Saya akan cuba explain dari apa yang saya dah dapat di satu web. Rasanya ramai jugak yang dah tahu cik Gaga adalah salah satu artis dibawah naungan illuminati. Bagi mereka yang tak tahu apa itu illuminati boleh lah ke web ni http://mistisfiles.blogspot.com/ and tengok dekat belah kanan cari Jentera Fitnah Al-Masih Ad-Dajjal ..Ada complete explanation tentang Illuminati and Freemason juga Lepas dah faham boleh teruskan baca apa yang nak saya explain lepas ni ..

Dalam video terbaru dia .Ada sesuatu yang cuba disampaikan .Ada jalan cerita yang tersembunyi disebalik lagu yang dinyanyikan .Kalau hanya dengar lagu ,mungkin tak banyak yang kita boleh tahu .Kita akan mula analisa dari permulaan video lagu Alejandro – Lady Gaga hingga habis. Ini adalah jalan cerita berdasarkan video. Jangan hanya baca buka mata tapi baca buka minda.


Video dimulakan dengan laki-laki membuat beberapa formasi danbeberapa dari mereka kepala mereka ditutup dengan sarung, mungkin mengisyaratkan bahawa itu adalah orang-orang tahanan dari beberapa macam. Salah satu laki-laki adalah dalam bentuk piramid sementara yang lain memegang hexagram sebagai tahanan berbaris.

"I know that we are young.And I know you may love me. But I just can't be with you like this anymore, Alejandro."


Selepas tu diteruskan dengan proses pemakaman .Perarakan membawa keranda yang kita dapat nampak Cik Gaga kat depan tu mengenakan jubah hitam dan membawa Sacred Heart (Hati Kudus) .Sacred Heart ni adalah pendarahan hati Tuhan untuk umat manusia (dalam kepercayaan kristian). Kenapa kata Sacred Heart? Tengok gambar bawah.. Hati yang Lady Gaga pegang tu ada bukan hatibiasa biasa tapi ada paku dan dawai yang di lilit-lilit (simbolik) yang sama macam Sacred Heart of Jesus (merujuk kepada hati Jesus).. Google untuk baca lebih lagi ..


But I just can't be with you like this anymore, Alejandro. Siapa Alejandro? Seorang lelaki yang dia tak boleh bersama ke? And then dia curang dengan Roberto dan Fernando? (berdasarkan lirik). Jawapan nya tak .. Alejandro bukan seorang lelaki. Kalau dengar lagu tanpa tengok video mungkin takkan faham . Gambaran video ni mengatakan bahawa Alejandro mungkin membawa maksud sesuatu yang lebih dalam.. Jadi kalau bukan manusia. Apa dan siapa Alejandro?


Kemudian Gaga ni dipaparkan dalam kedudukan berkuasa, memakai mahkota hitam sambil melihat tahanan melakukan persembahan untuknya. Gaga kemudian mengalihkan satu goggle. Sekaligus mempamerkan simbol illuminati - TheAll-Seeing Eye (bukan sekali tapi banyak kali) untuk mendedahkan sifatsejati dari kekuatannya.


Selepas itu ada sebuah adegan simbolik lagi, seorang tentera dipaparkan dipasang ke string, seperti boneka. Yang jelas menunjukkan yang ada seseorang 'control' dia. Atau senang kita guna istilah dia adalah 'mind-control slave' .Dia tidak boleh mengawal pergerakan sendiri.. Dan memegang senjata di kemaluannya. Wajah dia nampak kosong, nampak bingung betul-betul seperti seorang hamba yang di-control segala pergerakannya - oleh Gaga si illuminatist tak guna.


Dalam adegan selanjutnya, Gaga sedang berbaring, memakai red latex suit yang untuk biarawati tu (Kristian) dan memegang tasbih .Okay jadi boleh nampak kan ..Waktu scene ni gaga pandang ke langit dan menyanyi part : "Stop,please, just let me go, Alejandro" .Sebaik saja diasebut "Alejandro" Gaga mengangkat dua tangannya kelangit. Jadi dalam ni kita boleh nampak dengan jelas nampak yang Alejandro merujuk kepada tuhan bukan manusia.

"She hides true loveEn su bolsillo. She's got a halo 'round her finger, Around you."
Maksud lirik ni pulak .A halo' bermaksud ia dianggap "suci"(holy). Around her finger(cincin kawin) merupakan penyatuan Gaga dengan tuhan melalui agama, tapi dia sekarang malu dengan pernikahan ini kerana suaminya telah mati. Jadi dia menyembunyikan cincin itu di bolsillo nya, bolsillo dalam Sepanyol yang bermaksud poket dan mula menyalahkan tuhan..

Selepas sahaja lirik tu... Konsep penolakkan (rejection) ditujukan kepada Tuhan bermula.. Kerana Tuhan nampaknya tidak memenuhi keperluan rohani Gaga. Dia kemudian memutuskan untuk mencari ketuhanan diri. Dengan memeluk satu spirituality yang baru. Dalam video ni lebih menunjukkan yang Gaga telah bertukar dari biarawati menjadi paderi Luciferian(Syaitan). Kenapa kata jadi paderi Syaitan?

(Mata Satu yang kita tahu simbolik kepada Illuminati)

Saya kata paderi syaitan sebab tengok jelah jubah Gaga di atas.. Ada banyak sangat simbol salib terbalik .Ni menunjukkan bahasa simbol yang membawa maksud yang jelas .Kita tahu salib adalah simbol keimanan bagiagama Kristian kerana mewakili pengorbanan Jesus & kebangkitan. Dalam Kristian, salib terbalik dikenali sebagai "Cross Of St.Peter", untuk menghormati Simon Peter yang diminta untuk disalibkan terbalik kerana dia merasa tidak sesuai untuk dihukum mati dalam hal yang sama seperti Kristian lain. Tapi dalam kalangan bukan-Kristian, salib terbalik merupakan simbol penyelewengan dan sesuatu yang membawa kuasa negatif kerana simbol terbalik selalu ditemui dalam ilmu hitam dan Satanisme iaitu pemujaan syaitan..

Salib terbalik dan pentagram terbalik adalah simbol yang selalu digunakan untuk berhubung dengan syaitan .Untuk memuja dan menyeru syaitan ..

" In symbolism, an inverted figure always signifies a perverted power (...) Black magic is not a fundamental art; it is the misuse of an art. Therefore it has no symbols of its own. It merely takes the emblematic figures of whitemagic, and by inverting and reversing them signifies that it is left-handed." - Manly P. Hall


Waktu ni lirik ni yang dinyanyikan menunjukkan gaga tidak mahu diganggu oleh tuhan.Dont bother me, Dont bother me,Alejandro (merujuk kepada tuhan)
Don't call my name , Don't callmy name, Bye Fernando ..I'm not you're babe , I'm not you're babe, Alejandro (tuhan)Salib terbalik (simbol syaitan) ditempatkan pada kedua bahu gaga, menjadi simbol tiang. Dilapiskan dan digabungkan dengan simbol terbalik di alat kelaminnya. Diangkat oleh sekumpulan lelaki dalam satu bulatan .Mengangkat seperti mengagungkan Gaga, menyambut kedatangan Gaga ke dalam kumpulan mereka.


Sebaik sahaja lepas tu menunjukkan Gaga memasukkan tasbih kedalam mulutnya . Tasbih adalah serangkaian manik-manik yang digunakandalam tradisi Katolik untuk berdoa dan meditasi. Dalam Islam sendiri ada tasbih.. Jadi dengan menelan tasbih, Gaga menggabungkan dalam dirinya simbol ketaatan dalam agama dan juga bermaksud cara Gaga untuk mendapatkan Ketuhanan dengan cara sendiri. Dia ingin mencapai keilahian dengan satu cara sendiri. Itu adalah prinsip aktif Lucifer .Jelas menunjukkan yang Gaga bukan menyembah tuhan tetapi Lucifer..


I'm not your babe I'm not your babe, Fernando. Waktumenyebut perkataan Fernando, Gaga membuat simbol tangan macam tu(yang jelas merujuk kepada Jesus) .Itu adalah tanda berkat bagi ajaranKristian, Katolik kepada mereka yang dianggap Suci. Jangan lah ingat Gaga tu buat simbol tu suka-suka .Sebab semua simbol membawa makna yang tersendiri.Kita yang kena solve apa makna dia..


Dapat tengok kan kat belakang Gaga ada salib ..Gagadah menghina kristian cukup banyak dalam video dia .Gaga menyanyisambil memandang keatas dan kemudian dia mengulang-ulang lirik :
" Don't call my name,Don't call me Name Bye Fernando (Jesus) "

 
Dan di akhir video ...Ditunjukkan Gaga dilampirkan bersama strings ..Pada mulanya Gaga control lelaki tu dan akhir video ditunjukkan Gaga pula di-control ..Oleh siapa ? Fikir-fikirkan lah siapa yang control cik Gaga ni .Siapa dalang disebalik semua ni ?Siapa ketua ?Anda mampu cari jawapan nya kan? Insya-Allah pasti ..

Sebagaimana disebutkan di atas, video Alejandro sangat kompleks dan simbolik, dan sesuai untuk multitafsir. Boleh jadi macam-macam.. bergantung pada pengetahuan si pemerhati dan sudut pandangan masing-masing. Namun demikian, rasanya bahagian-bahagian video Alejandro dalam ni jelas and tak perlu banyak teka teki macam video Telephone dan Bad Romancae. Jadi apa yang gaga nak cuba sampaikan dari video nya? Dalam ni gaga menolak iman Kristian oleh mengotori simbol dan menunjukkan yang ada satu kuasa spirituallain. Hmm lepas ni apa ? Menghina Al-Quran dan Islam? Nauzubillah jauh-jauhkan la ya Allah ...


Cik Gaga ni membawa bersamanya semua agenda illuminati dan tak tahu la macam mana ramai yang boleh terpukau dengan dia . Namun saya yakin dah ada banyak peminat dia yang mula ragu-ragudengan diri Gaga ,tindakan nya dalam setiap video. tapi masih tidak boleh berhenti mendengarkannya. Ingin saya katakan kat sini ,berhentilah mendengar lagu Gaga.Tidak mustahil nanti dia akan cuba menyelitkan lirik yang akan menyebut La-la-la Allah .(Tiada Allah) .Dan kita sebagai manusia sentiasa lalai.Tanpa iman mungkin kita akan menyanyikan lirik tersebut (dengan alasan iahanya lagu) dan pada saat itu ,apa akan jadi ? Ya Allah ,lindungi lah kami dari tipu daya syaitan dan sekutu nya.. Amin ya rabbalalamin. Sumber asal: vigilant citizen :)

Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya"(Al-Isra' 17:36)

------------------------------------------------------------------------------------
 Tak perlu minta izin, silakan pd yg nak share, ini pun diterima dr seorg rakan dan sy pasti dia pun menerima dr rakan yg lain..

Credit kepada penulis asal yg sy tak dapat pastikan siapa, moga kita beroleh manfaat..

P/s: Fikirkan.

Saturday, September 04, 2010

Dosa Tinggal Solat Lebih Besar Daripada Zina

Salam. Nak Kongsi Apa Yang Baru Dibaca.


www.iluvislam.com
Dihantar Oleh: epid
Editor: nazir_dinie

Pada satu senja yang lengang, kelihatan seorang wanita berjalan dalam keadaan terhuyung-hayang. Pakaiannya yang serba hitam menunjukkan dia dicengkam kesedihan manakala kerudungnya menutup rapat hampir seluruh wajahnya.
Walaupun tidak bersolek atau memakai perhiasan lain di tubuhnya, kulitnya yang bersih, memiliki tubuh yang ramping dan rona wajah yang ayu, tetap tidak dapat menghapuskan kepedihan yang sedang membelenggu hidupnya.
Dia melangkah perlahan-lahan mendekati rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu perlahan-lahan sambil mengucapkan salam. Apabila terdengar ucapan ‘silakan masuk’ dari dalam, wanita cantik itu melangkah masuk sambil kepalanya terus tertunduk.
Air matanya berderai ketika dia berkata: “Wahai Nabi Allah, tolonglah saya, doakan saya supaya Tuhan berkenan mengampunkan dosa keji saya,” “Apakah dosamu wahai wanita ayu?” tanya Nabi Musa a.s. terkejut. “Saya takut mengatakannya,” jawab wanita cantik itu. “Katakanlah, jangan ragu-ragu,” desak Nabi Musa.
 
Lalu wanita itu memulakan cerita, “Saya….telah berzina.” Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan, “Dari penzinaan itu, saya pun…. hamil. Setelah anak itu lahir, langsung saya…cekik lehernya sampai…mati,” cerita wanita itu sambil menangis sekuat-kuat hati.
Mata Nabi Musa berapi-api dan dengan muka yang berang, dia mengherdik, “Perempuan jahat, nyah kamu dari sini! Supaya seksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!” teriak Nabi Musa sambil memalingkan muka kerana jijik.
Mendengar herdikan itu, wanita itu pun segera bangun dan berlalu dengan hati yang hancur luluh. Ketika keluar dari rumah Nabi Musa, ratapannya amat memilukan. Dia terfikir ke mana lagi dia hendak mengadu kerana apabila seorang Nabi sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang betapa besar dosanya dan jahat perbuatannya.
Tetapi dia tidak tahu bahawa sepeninggalannya, Malaikat Jibril turun berjumpa Nabi Musa. Lalu Jibril bertanya: “Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu ada dosa yang lebih besar daripadanya?”
Nabi Musa terperanjat. “Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita penzina dan pembunuh itu?” tanya Nabi Musa kepada Jibril. “Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang  nista itu?” “Ada,” jawab Jibril dengan tegas. “Dosa apakah itu?” tanya Nabi Musa lagi. “Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar daripada seribu kali berzina.”
Mendengar penjelasan itu, Nabi Musa kemudian memanggil wanita itu untuk menghadapnya semula. Dia mengangkat tangan dengan khusyuk untuk memohon ampunan kepada Allah S.W.T untuk wanita itu.
Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahawa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu ke atas dirinya. Bererti, dia seakan-akan menganggap remeh perintah Allah, bahkan seolah-olah menganggap Allah tiada hak untuk mengatur dan memerintah hambaNya.
Sedangkan orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan bersungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dalam dada, yakin bahawa Allah S.W.T itu ada dan berada di jalan ketaatan kepadaNya. Itulah sebabnya Allah pasti mahu menerima taubatnya.

P/s: Allah Maha Adil Bukan. 

1st Time.

Ouh. Tidur Memang Menyeronokkan.
Tapi. Buat Pertama Kali nya....
SAYA TIDUR DALAM WAYANG.

ITUlah. Minta Maaf la kepada pipah, by , dan atin.
Sememangnya Anda mengerti megapa saya tidur bukan.:)

P/s: Orang kata gatal tapak kaki kanan nak pegi jauh kan.LALALA~

Wednesday, September 01, 2010

22 Ramadhan.

Salam.
Ye Hari ini saya dah berterawih semula.:)
Selama Beberapa Hari Ber"Cuti Puasa
Rindu Pulak Nak ke surau.

Tak Lama lagi Nak Raya kan?
Saya ?
Tak beli baju raya lagi.
Hmm..
Tengok lah.
Mungkin akan dibeli Malam Raya.
hee..:)

p/s: Tahun ini begitu teringin nak baju raya kain cotton. Abah nak duit?