Alhamdullilah.Bersyukur saya ke hadrat Illahi.Akhirnya status saya sebagai seorang pelajar tamat pada 3 Ogos 2010. Dapat juga saya ke majlis graduasi saya bersama ibu dan bapa walaupun ada mengalami beberapa kesulitan sebelum itu. Perlu diingatkan disini tujuan majlis graduasi ini adalah mengumpulkan kita sesama manusia setelah menempuhi rintangan dan cabaran menuntut ilmu bersama. Bukan pula untuk kita bermegah-megah tentang ilmu kita.Ingat la ILMU Allah itu juga yang kekal.
Sebelum ini ada kata-kata sinis mengatakan majlis konvokesyen ini adalah ikutan BARAT.Ciptaan Agama Kristian. Terpulanglah kepada kita semua. Allah itu lagi Maha Mengetahui.
Apa-apa pun bagi saya hari ini adalah hari untuk kita meraikan berakhirnya kita sebagai seorang pelajar dan juga permulaan dalam kehidupan yang seterusnya.Dimana pada hari ini kita bersatu,tidak lagi bersengketa dan melupakan masalah2 yang berlaku sepanjang menuntut ilmu. Ingatlah sahabat..Allah tidak suka orang yang bermusuhan dan mencaci sesama islam.
P/s: semoga kita semua berada di bawah lindungan ALLAH swt.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Daun Keladi Kerana Komen