oh! Maaf.. Lupa untuk mengucapkan salam ramadhan.
Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan.
MUNGKIN, terlalu gembira untuk ramadhan kali ini kerana ianya sedikit berbeza dengan Ramadhan lepas2.
Kalau dikira esok genaplah seminggu umat islam menunaikan Ibadah Puasa.
Alhamdullilah. Syukur Ke Hadrat Illahi dapat saya mengjalani ramadhan yang mulia tahun ini dengan tubuh badan yg sihat dan dapat bersama berbuka puasa bersama keluarga tercinta terutama MAK.
Alhamdullilah juga Ibadah Terawih juga masih belum saya tinggalkan.
Jika sebelum ini kehidupan sebagai seorang pelajar membuat kan ramadhan saya agak sayu.Lebih-lebih lagi 2 tahun yang lepas 12 September...
Saya baru sahaja mendaftar sebagai seorang pelajar,Tidak mempunyai kawan lagi dan berbuka untuk ramadhan yang pertama tahun itu seorang diri. Saya akui amat sedih dan hampir setiap malam menitiskan air mata.
Kerana sebelum itu saya tidak pernah lagi berjauhan dengan keluarga di bulan ramadhan.
Namun selepas beberapa bulan keadaan menjadi semakin baik. Berkat sabar.:)
Itu sahaja setakat ini. Moga ramadhan kali ini membawa berjuta rahmat dari maha Pencipta.
p/s: Ramadhan kali ini harap penuh makna buat diri saya.

No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Daun Keladi Kerana Komen