Tuesday, August 17, 2010

Surah Al-Ma'idah.

Salam.
Harap sempat untuk saya berkongsi tentang Surah Yang Sedang Saya Baca dalam dua tiga hari ini.
Surah Al-Ma'idah adalah surah ke-5 di dalam kitab Al-Quran dan mempunyai 120 ayat.
Surah ini  menceritakan tentang larangan-larangan dan perintah Allah swt tentang halal dan haram serta sikap-sikap kaum yahudi dan Nasrani yang melanggar perjanjian dengan Allah swt dan juga kekafiran mereka.

Disini saya ingin berkongsi sepotong ayat dari Surah ini:
Ertinya: Dan apabila kamu menyeru (azan) untuk mengerjakan sembahyang, mereka menjadikan sembahyang itu sebagai ejek-ejekan dan permainan. Yang demikian itu ialah kerana mereka suatu kaum yang tidak berakal. (Surah Al-Ma'idah ayat ke-58)

 Jika saya fikirkan dan renungkan.Itulah Yang terjadi zaman sekarang.Apabila kita bertanya mengenai Solat.Sesetengah Golongan menganggap ianya perkara remeh. Diakui juga dulu saya juga begitu. Rasa nak solat baru lah solat. Tapi kini saya sendiri ingin mengingatkan diri saya sendiri dan sesiapa sahaja. Jagalah solat anda. Jangan dipermainkan dan membuat gurauan perkara ini..
Al-Quran ternyata mukjizat teragung.Jika anda terus baca dan baca anda pasti temui setiap apa yang terjadi di zaman sekarang dan jika anda mencari sesuatu pasti anda akan menemuinya kerana ia MANUAL kita.. ALLAHUAKBAR!

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Daun Keladi Kerana Komen